Skip to main content

Renang, Olahraga jadi lubuk emas di Tokyo

KUALA LUMPUR - Kontinjen Paralimpik Malaysia menyasarkan acara renang dan olahraga sebagai 'lubuk emas' dalam pemburuan pingat temasya Sukan Para Remaja Asia Kedua di Tokyo, Jepun awal September depan.

Ketua kontinjen Malaysia, Bong Muk Shin berkata, walaupun hanya 14 pingat emas disasarkan untuk edisi kali ini, ia dilihat lebih realistik kerana persaingan pada kali ini lebih hebat berbanding edisi pertama di Hong Kong, pada 2002.

"Persaingan edisi kali ini dilihat lebih mencabar kerana 37 buah negara Asia akan mengambil bahagian berbanding hanya sembilan negara pada edisi pertama di Hong Kong," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan atlet Malaysia ke Sukan Para Remaja Asia di Tokyo, Jepun.

Bong berkata, 42 atlet dan 39 pegawai dipilih untuk menyertai sukan dwitahunan itu.

"Kita akan mengambil bahagian dalam empat daripada lima acara yang dipertandingkan iaitu boccia (menyerupai sukan boling padang), goalball, renang dan olahraga. Malaysia tidak menyertai acara ping-pong," katanya.

Tambah beliau, atlet paralimpik negara bersedia untuk menghadapi cabaran di Tokyo kerana mereka telah memulakan latihan separuh masa di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) sejak awal Jun lagi.

"MSN memberi sumbangan penuh kepada atlet paralimpik dan diharap atlet kita mampu buktikan sesuatu di Tokyo nanti," katanya.

Ketika di Hong Kong, Malaysia berjaya membawa pulang 35 pingat emas yang dikutip menerusi acara renang dan olahraga.

Mengulas mengenai larangan pelajar sekolah ke luar negara yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran sebagai langkah pencegahan penularan wabak Influeza A (H1N1), Bong berkata, memandangkan kes H1N1 kini semakin menurun maka tidak ada masalah untuk menghantar atlet di bawah 18 mengikuti kejohanan di luar negara.

Bong yang juga Pengarah Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran berkata, 33 atlet dari Sekolah Pendidikan Khas akan mengambil bahagian dalam temasya tersebut.

"Sebagai langkah awal hanya atlet yang disahkan sihat oleh pakar perubatan sahaja dibenarkan mengikuti kejohanan tersebut dan pasukan perubatan dari Institut Sukan Negara akan turut sama ke Tokyo bagi memantau kesihatan atlet," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...