Skip to main content

Skuad lebuh raya membimbangkan


YONG LI antara yang tampil cemerlang di ACC baru-baru ini.


KEMEROSOTAN prestasi pelumba skuad lebuh raya negara kebelakangan ini seperti memberi satu cabaran baru buat jurulatihnya, Jamaluddin Omar menjelang temasya Sukan SEA Laos, Disember depan.

Pada Kejuaraan Berbasikal Asia ke-29 (ACC) di Kalimantan, Indonesia baru-baru ini, pelumba negara dilihat gagal menyerlah dan terus dibayangi kehebatan pelumba bertaraf profesional dari Kazakhstan.

Situasi ini dilihat mampu menjejaskan misi Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memenangi pingat emas acara lebuh raya pada temasya Sukan SEA di Laos hujung tahun ini.

Begitupun, Jamaluddin belum mahu panik, malah jurulatih itu yakin anak buahnya mampu memenangi emas di Laos setelah dia merancang persiapan latihan baru bersama ketua jurulatih, John Beasley hasil daripada post-mortem ACC 2009 baru-baru ini.

"Memang prestasi pelumba kita menunjukkan penurunan pada ACC 2009 baru-baru ini, mungkin kerana keletihan selepas menyertai temasya Mini Olimpik serta demam yang melanda pelumba lebuh raya ketika di sana," kata Jamaluddin kepada Kosmo! semalam.

"Tetapi apa yang saya boleh beri- tahu ialah saya dan Beasley (ketua jurulatih) sedar tentang kemeroso- tan ini dan telah merancang strategi latihan baru iaitu 70 peratus latihan ditumpukan kepada laluan berbukit manakala 30 peratus lagi kepada laluan pecut.

"Saya dapati kelemahan pelumba kita ialah ketika mendaki bukit. Pelumba kita tiada ketahanan mental dan fizikal pada laluan ini seperti pelumba Kazakhstan.

"Justeru, dengan latihan ini saya rasa kita mampu memperbaiki kelemahan itu dan tiada masalah untuk memenangi emas pada Sukan SEA Laos nanti," ujarnya.

Pada ACC 2009 di Kalimantan, pencapaian terbaik skuad lebuh raya negara hadir menerusi pelumba berpengalaman, Ng Yong Li yang menduduki tempat ke-16 daripada 32 pelumba pada perlumbaan ujian masa individu (ITT) sejauh 40.8 kilometer manakala Muhammad Nur Rauf Misbah pula tempat ke-30 dalam acara 160km lepas beramai-ramai.

Dalam pertandingan ITT wanita sejauh 20.4km, pelumba negara, Mariana Mohammad mempamerkan kayuhan cemerlang untuk menduduki tempat kelapan daripada 21 pelumba manakala Kimberly Yap pula menduduki tempat ke-15.

"Kami akan mengadakan satu perlumbaan terbuka untuk memilih pelumba yang bakal mewakili negara ke Sukan SEA nanti.

"Juara dan naib juara akan dipilih secara automatik manakala dua lagi pelumba akan ditentukan oleh saya," kata Jamaluddin.

Mengenai pencabar utama negara untuk memenangi pingat emas pada temasya itu nanti, beliau berkata:

"Saya rasa pencabar utama kita ialah Vietnam manakala Thailand dan Indonesia kurang menyerlah berbanding pelumba kita."

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...