Skip to main content

Skuad Menembak Sasar Empat Pingat Emas Di Sukan Sea Laos

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama)-- Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mensasarkan empat pingat emas di temasya Sukan SEA di Laos yang akan berlangsung dari 9 hingga 18 Dis.

Setiausaha Eksekutif NSAM, Mejar (B) Jasni Shaari berkata sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi memberangsangkan skuad negara di kejohanan dalam dan luar negara sepanjang tahun ini.

"Jika di Korat dua tahun lalu, skuad negara tidak menonjol dan sekadar membawa pulang dua pingat emas, kali ini kami mensasarkan empat emas dan yakin mampu mencapai sasaran tersebut terutamanya dalam acara rifel wanita," kata Jasni kepada Bernama.

Jasni berkata seramai 13 penembak negara telah melepasi had kelayakan ke Sukan SEA dan acara-acara yang akan disertai bagi wanita ialah 'Rifle 3 position', '10m Air Pistol' dan '25m Sport Pistol' manakala lelaki 'Rifle Prone'.

"Senarai 13 penembak ini telah dihantar kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan kami kini menunggu pengesahan MOM sebelum mengumumkan senarai muktamad serta melihat jika ada sebarang perubahan dan perkembangan semasa dari Laos," katanya.

"Penembak-penembak ini telah menunjukkan prestasi memuaskan dengan melepasi had kelayakan dalam beberapa kejohanan tempatan yang diadakan terutamanya kejohanan Piala Tun Tan Siew Sin pada Julai lepas dan kejohanan Mini Olimpik awal bulan ini," katanya.

Jasni berkata dua kejohanan tempatan yang bakal berlangsung iaitu Kejohanan Menembak Piala Tun Hanif pada Oktober dan Kejohanan Menembak Kebangsaan pada November ini menjadi medan pemanas badan skuad kebangsaan untuk membuktikan keupayaan sebenar sebelum berentap di Laos.

"Selain dua kejohanan tempatan ini, kami sedang menunggu lampu hijau daripada Majlis Sukan Negara dan MOM untuk penembak-penembak negara menyertai edisi kedua Sukan Perpaduan Islam 2009 di Iran dan Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok pada November berikutan penularan wabak influenza A (H1N1)," kata Jasni.

Skuad menembak kebangsaan yang terdiri daripada 16 penembak pistol dan rifel kini meneruskan latihan pusat di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (LISRAM) di bawah bimbingan jurulatih Mohd Hashim Desa yang dijadualkan berakhir 6 Sept ini.

"Jika tahun lalu mereka terpaksa menyertai kejohanan pada bulan Ramadan, kali ini pula sekadar menjalani latihan pusat dan saya pasti kesungguhan dan semangat kental mereka walaupun berpuasa akan meningkatkan lagi prestasi mereka," kata Jasni.

Antara nama-nama yang melepasi had kelayakan ke Sukan SEA Laos dan kini menjalani latihan di LISRAM ialah Bibiana Ng, Nur Suryani Mohd Taibi, Shahera Rahim Raja dan Hasli Izwan Amir Hasan.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...