LANGKAWI - Skuad menembak kebangsaan meneruskan latihan pusat walaupun dalam bulan Ramadan di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) sebagai persiapan menghadapi beberapa kejohanan, termasuk Sukan SEA di Laos hujung tahun ini.
Jurulatih kebangsaan, Mohd. Hashim Desa berkata, 16 penembak pistol dan rifel sedang menjalani latihan yang dijadual berakhir pada 6 September ini.
Katanya latihan itu juga untuk memantapkan persiapan bagi menyertai kejohanan jemputan Sukan Perpaduan Islam di Tehran pada Oktober ini.
"Kejohanan itu dapat memberi pendedahan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA, Disember ini.
"Kami menetapkan sasaran untuk mengulangi kejayaan meraih tiga emas yang diraih pada Sukan SEA di Thailand, dua tahun lepas," kata Hashim.
Antara yang menyertai latihan tersebut ialah penembak Sukan Olimpik China tahun lepas, Hasli Izwan Amir Hamzah. - BERNAMA
Comments
Post a Comment