Skip to main content

'Usah panik'


Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my

Kami pastikan Chong Wei kekal di landasan

'Road To London': Ganga


PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akan mengambil langkah drastik bagi memastikan Lee Chong Wei dan rakan-rakan tidak menyimpang daripada landasan 'Road to London 2012' dan memastikan jurang di antara pemain nombor satu negara itu dengan pemain kebangsaan lain dapat dirapatkan.

Setiausaha Kehormat BAM, P Ganga Rao berkata persatuan itu bukan berpeluk tubuh dalam menangani isu terlalu bergantung kepada Chong Wei dalam untuk melakarkan kejayaan antarabangsa sebalik sentiasa peka dan mencari jalan penyelesaian.

Justeru, BAM meminta semua pihak bertenang dan tidak panik dengan situasi sekarang sebaliknya melihatnya secara positif dan bersama-sama menyumbang untuk memperbaiki keadaan terbaik.

“Memang BAM akui kita banyak bergantung kepada Chong Wei,” kata Ganga. “Tetapi jika kita lihat senario kita masalah sama turut berlaku kepada negara lain seperti Denmark dengan Peter Gade masih bermain serta Indonesia yang masih bergantung kepada Taufik (Hidayat) dan Sony (Dwi Kuncoro).

“Kita mempunyai pemain senior seperti Hafiz (Hashim) dan Kuan Beng Hong. Kami harap dengan kehadiran jurulatih, Hendrawan ia dapat menyuntik kembali kesegaran dalam permainan mereka dan kembali merapatkan jurang dengan Chong Wei.

“Cuma BAM tidak puas hati dengan perkembangan pemain muda seperti Arif (Abdul Latif) serta yang lain kerana mereka gagal menyerlah di peringkat senior sedangkan di saingan remaja mereka begitu hebat. Ketika ini mereka ketinggalan kepada pemain seangkatan dengan mereka daripada negara lain yang sudah beraksi dalam kejohanan utama.

“Jika keadaan ini tidak berubah dan seandainya tindakan drastik perlu diambil, BAM akan berbuat demikian. Kami tidak akan berpeluk tubuh, tetapi jangan terburu-burut membuat keputusan dan rumusan hanya kerana penilaian dalam satu kejohanan antarabangsa sahaja,” kata Ganga.

Kekalahan Chong Wei di suku akhir kepada Sony pada kejohanan dunia di Hyderabad, dua minggu lalu mengundang pelbagai kritikan dan kebimbangan terutama dengan penggantungan keterlaluan kepada pemain itu yang boleh menjejaskan peluangnya untuk memenangi pingat emas di Olimpik London 2012.

“Kita tunggu dan lihat sehingga akhir tahun ini bagaimana perkembangannya,” kata Ganga. “BAM mengharapkan dengan kehadiran Hendrawan (gambar) dia akan dapat menutup ketidakseimbangan itu dan ketika ini sudah kelihatan perubahan ketara dalam permainan dan sikap Hafiz dan Beng Hong.”

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...