Skip to main content

Johansson Tumpaskan Hewitt Dalam Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pemain Sweden Joachim Johansson menewaskan pemain ranking ke-16 yang pernah menduduki takhta pemain nombor satu dunia Lieyton Hewitt, manakala pemain ranking-19 dunia David Ferrer tumbang dalam saingan kejohanan sulung Terbuka Malaysia Proton yang berlangsung di Stadium Putra Selasa malam.

Ranking ke-47 Johansson, yang baru pulih dari kecederaan bahu meraih kemenangan selepas menumpaskan Hewitt dengan 7-6 (7), 6-3 untuk mara ke pusingan kedua.

"Ia adalah perlawanan yang amat mencabar selepas saya berehat selama tiga minggu sebelum ini," kata Hewitt dan menambah tumpuannya kini adalah untuk beraksi dalam saingan di Tokyo dan Shanghai.

Sementara itu Johansson yang akan digandingkan dengan pemain terbaik Malaysia Si Yew Ming dalam acara beregu berkata, beliau sudah menjangka akan beroleh kemenangan malam ini.

"Hewitt dan saya berlatih dan bersaing beberapa kali sebelum ini, tapi hari ini saya bermain dengan lebih agresif dari pukulan pertama sehingga akhir, saya amat berpuas hati dengan prestasi hari ini," katanya.

Merujuk kepada gandingan beliau dengan Yew Ming, Johansson yang juga anggota pasukan Sweden dalam Piala Davis berkata: "Sebenarnya saya tidak bermain acara beregu sejak 2005 disebabkan kecederaan bahu, tumpuan saya lebih kepada perseorangan, tapi saya tetap akan berikan yang terbaik pada acara ini nanti".

Rabu, pasangan Johansson-Yew Ming akan berhadapan dengan pasangan Brazil Marcelo Melo-Andre Rendeza Sa.

Sementara itu David Ferrer dari Sepanyol yang merupakan pilihan ke-7 kejohanan terkeluar dari saingan apabila kalah ditangan pemain bukan pilihan dari Rusia Mikhail Youzhny 4-6, 6-3, 6-4.

Sebagaimana yang dijangka pemain nombor-16 dunia dan pilihan ke-6 Tomas Berdych mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Igor Kunitsyn dari Rusia 6-1, 3-6, 6-2.

Sementara itu pemain yang melayakkan diri menerusi wildcard Rohan Bopanna dari India membuat kejutan apabila beliau menumpaskan pemain nombor-51 dunia Jose Acasuso dari Argentina 4-6, 6-3, 6-4.

Pemain Argentine Martin Vassallo Arguello pula menewaskan Feliciano Lopez dari Sepanyol 6-3, 6-3 dalam pertemuan pertama mereka sejak Roland Garros 2008.

Antara perlawanan yang menjadi tumpuan esok adalah pertemuan antara Gael Monfils (Perancis) dan Denis Istomin (Uzbekistan), Robin Soderling (Sweden) and Brendan Evans (Amerika); Nikolay Davydenko (Rusia) dan Taylor Dent (Amerika).

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...