Skip to main content

9 acara baru di Sukma XIII




SHABERY (kanan) menyatakan sesuatu kepada ahli-ahli jawatankuasa Sukma XIII selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di Bukit Jalil semalam.


SEBANYAK sembilan acara baru bakal dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIII di Melaka tahun depan.

Acara terbabit ialah formula future, kenu, golf, kab- badi, ragbi 7 sepasukan, bola tampar (dewan dan pantai), judo, lawan pedang serta tenis.

Acara akuatik pula menyaksikan dua disiplin baru bakal dipertandingkan iaitu renang berirama dan polo air.

Bagaimanapun, taekwondo merupakan satu-satunya acara yang ditolak oleh Jawa- tankuasa Tertinggi Sukma semalam.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, acara taekwondo ditolak berikutan kemelut dalaman yang melanda Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA).

"Saya memang berharap agar MTA dapat menyelesai- kan masalah ini tetapi Sukma 2010 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan tidak adil untuk tuan rumah menerima penyertaan pada saat-saat akhir.

"Disebabkan itu, kami memutuskan bahawa taekwondo tidak akan dipertandingkan pada Sukma XIII," kata Shabery selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di Bukit Jalil semalam.

Shabery menjelaskan, kesemua sembilan acara baru serta dua disiplin baru dalam acara akuatik itu hanya akan dilaksanakan jika terdapat sekurang-kurangnya lapan negeri yang mengambil baha- gian.

Pada temasya dwitahunan itu nanti, 18 acara wajib yang bakal dipertandingkan ialah angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, boling padang, gimnastik, hoki, karate-do, memanah, menembak, olahraga, perahu lahar, renang/terjun, sepak takraw, pencak silat, skuasy, boling dan wusyu.

Tujuh acara lain yang menjadi pilihan tuan rumah, Melaka ialah bola jaring, bola keranjang, ekuestrian, tinju, silambam, ping pong dan petanque.

Shabery turut mengumumkan, tarikh Sukma XIII telah ditunda daripada 25 Mei kepada 10 hingga 19 Jun tahun depan bersesuaian dengan cuti persekolahan dan juga Hari Gawai.

Dalam pada itu, Shabery tidak menolak kemungkinan Malaysia akan menggugurkan penyertaan dalam acara taekwondo pada Sukan SEA di Laos, Disember depan.

"Saya masih menunggu laporan daripada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar tetapi daripada perbualan kami, mesyuarat jawatankuasa ad-hoc baru-baru ini masih belum berjaya menyelesaikan masalah dalaman MTA," tambah Shabery.

"Disebabkan itu, saya bersedia untuk mengkaji semula penyertaan taekwondo." - KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...