Skip to main content

Perlis bawa pulang trofi juara


BARISAN pemain Perlis meraikan kejayaan muncul juara Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.


PERLIS menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 setelah mene- waskan Kedah 2-0 pada final di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Kejayaan anak-anak buah Khamal Idris Ali itu menjadikan ia kejuaraan ketiga buat Perlis yang pernah meme- nanginya pada edisi 1967 dan 1993.

Selaku juara, Perlis membawa pulang wang tunai RM30,000 serta piala pusingan manakala Kedah meraih RM15,000.

Kemenangan itu juga membolehkan Perlis membalas dendam ke atas Kedah selepas tewas 0-1 pada final Piala Emas Raja-Raja 1996.

Pada aksi semalam, gol kemenangan Perlis dihasilkan menerusi Romdhizat Jamian seawal minit keempat dan Adrien Jurad Chamrong (minit ke-18) yang turut diisytiharkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Kedah yang ghairah menyerang sebaik permainan bermula dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi Romdhi- zat.

Gol tersebut berpunca hasil sepakan sudut Mohd. Ikmal Faiz Azmi yang gagal ditolak keluar barisan pertahanan Kedah, sekali gus memberi peluang Romdhizat merembat kencang menewaskan penjaga gol, Mohd. Khairul Azuan.


ADRIEN JURAD (kiri) bersaing dengan penyerang Kedah, Mohd. Faizal Abu Bakar pada final Puncak Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darul Aman semalam.


Skuad Hijau Kuning yang cuba bangkit dikejutkan sekali lagi dengan gol kedua pelawat pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma Adrien Jurad dari jarak 25 meter.

Skuad Kedah yang semakin terdesak membuat beberapa pertukaran termasuk membawa masuk penyerang Tan Yang Wei pada babak kedua.

Namun, percaturan pengendali Kedah, Mohamad Ramlee gagal memecah benteng Perlis yang diterajui Adrien Jurad dan penjaga gawang, Mohd. Izwan Ahmad.

Aksi final semalam turut dicemari dengan layangan tiga kad merah oleh pengadil perlawanan, Mohd. Nazer Mohd. Said.

Pemain yang menerima kad merah ialah dua pemain Perlis, Rom- dhizat dan Ezzrul Ikmanizar Abd. Rahman serta kapten Kedah, Mohd. Fazliata Taib.

Insiden 'panas' bermula pada minit ke-84 apabila berlaku tolak menolak antara pemain kedua-dua pasukan di kawasan gol Perlis.

Keadaan itu turut menyebabkan puluhan penyokong tuan rumah cuba masuk padang, namun dapat dikawal oleh pihak polis.

Aksi yang terhenti 10 minit itu kemudian disambung semula tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...