Skip to main content

Kita jumpa di England: Lee

 

SATU dunia mahu lihat saya menentang Lin Dan."

Itulah diluahkan Lee Chong Wei, juara enam kali Terbuka Malaysia, sejurus meraikan kejayaan mudah ke atas pemain Thailand, Boonsak Ponsana, semalam.

Pertemuan dua jaguh hebat itu diramal berlaku pada Seluruh England di mana Lin Dan bakal mempertahankan mahkotanya serta Terbuka Switzerland gelanggang di mana Chong Wei menundukkan jaguh China itu, tahun lalu.

"Saya tidak sabar lagi untuk bertemu Lin Dan. Untuk itu saya hanya perlu konsisten dan kekalkan momentum. Saya akan fokus kepada persembahan saya dan tidak mahu bimbangkan mengenainya," kata Chong Wei.

Daripada apa yang dilihat, ketika dia 'mengaibkan' Boonsak, Chong Wei jelas pada tahap terbaiknya. Malah jurulatih, Misbun Sidek, mengakui betapa Chong Wei kini memiliki kematangan dan ketenangan ketika beraksi, yang layak dianggap senjata utamanya.

"Ketenangannya menangani apa sahaja yang diciptakan lawan. Juga strategi yang menjadi. Itu punca bagaimana Chong Wei nampak begitu mudah untuk menundukkan Boonsak, terutama di set kedua," kata Misbun.
Boonsak sendiri sekadar menggeleng tanda tidak percaya.

"Saya mungkin antara pemain utama dunia, tetapi hari ini, memang saya benar-benar tumbang. Saya cuba pelbagai cara, tetapi tidak menjadi. Chong Wei jelas pada tahap terbaik yang tidak mampu saya capai.

"Saya perlu pertingkatkan pelbagai segi jika mahu menang ke atasnya dalam pertemuan lain," akui juara Terbuka Singapura pada 2007 itu. BHARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...