Skip to main content

Pasukan profesional, Astana turun tanpa Contador


LEBIH 120 pelumba dari dalam dan luar negara dijangka menyertai LTdL 2010, yang akan bermula Mac ini.

PUTRAJAYA - Kehadiran pasukan ternama Jelajah Profesional, Astana pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010, bakal menyemarakkan lagi perlumbaan tersebut. Namun begitu, pelumba sensasi Astana, Alberto Contador dikatakan tidak dapat beraksi di Malaysia, Mac ini ekoran kesibukan perlumbaan di Eropah.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengarah Teknikal LTdL 2010, Jamaludin Mahmood, yang merasakan jaguh dunia itu kemungkinan besar tidak datang mempamer aksinya di sini.
Katanya, adalah mustahil untuk Contador menyertai LTdL 2010.


Ini kerana, katanya dia agak susah untuk beraksi di sini, kerana sibuk mempersiapkan diri bagi menyertai kejohanan di Eropah.
Namun begitu, katanya, dia yakin dua nama besar perlumbaan basikal dunia akan menyertai kejohanan tersebut, Mac ini.
"Pasukan Astana dan Caisse D'Epargne berjanji untuk menyenaraikan pelumba terbaik mereka beraksi di Malaysia.

"Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), yang merupakan penganjur kejohanan masih berbincang dengan kedua pasukan tersebut untuk menurunkan pelumba sensasi masing-masing.
"Sehingga ini, Jose Rujano yang pernah berlumba di LTdL sebelum ini, dilihat kemungkinan besar akan beraksi di kejohanan kali ini, selain LTdL bakal menerima kehadiran pelumba terkemuka pasukan Caisse D'Epargne, Alejandro Valverde," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Jamaludin berkata, pihaknya sehingga ini masih belum mengetahui senarai nama enam pelumba kedua-dua pasukan yang akan mengambil bahagian.

"Bagi pihak penganjur, kami yakin pasukan Caisse D'Epargne dan Astana, akan menghantar barisan pelumba yang hebat, sesuai dengan status pasukan mereka sebagai sebuah pasukan Jelajah Profesional (ProTour)," katanya.

Selain itu, katanya, pasukan Profesional Jelajah, Footon-Servetto melahirkan keazaman untuk menghantar pelumba terbaik mereka, setelah beraksi kali kedua di kejohanan LTdL kali ke-15.
"Kita juga mengalu-alukan kehadiran pasukan baru dari China, Max Success Sport Racing dan Geumsan Ginseng Asia dari Korea Selatan untuk beraksi pertama kali di sini," katanya.

UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...