Skip to main content

Trofi Piala Dunia di Ibu Negara


EMPAT orang model tempatan bangga ketika mempamerkan trofi Piala Dunia di ibu negara semalam.


MALAYSIA akan menjadi perhatian peminat sukan bola sepak dunia apabila Trofi Piala Dunia FIFA tiba dari Jakarta dalam penerbangan sewa khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Kuala Lumpur menjadi bandar raya kelima Asia menerima kedatangan trofi teragung itu dalam siri jelajah sejauh 134, 017km merentasi lima benua dengan perjalanan bermula dari Ibu Pejabat Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich, Switzerland, pada 21 September lalu.

Sebelum ini, trofi itu singgah untuk tatapan peminat bola sepak di benua Asia di Calcutta, India pada 17 Januari lalu diikuti Ho Chi Minh (Vietnam), 20 Januari, Bangkok (Thailand), 23 Januari dan Jakarta semalam.
Siri jelajah yang dibawakan khas oleh syarikat minuman terkenal Coco-Cola dengan kerjasama FIFA, adalah sebahagian daripada promosi Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan.


Sempena menghangatkan Piala Dunia, trofi asli setinggi 36.8 sentimeter dan seberat 6.175 kilogram serta diperbuat daripada emas tulen 18 karat dengan dua lapisan batu pertama 'Malachite' pada bahagian dasar, akan dipamerkan untuk orang awam di Pusat Konvensyen Mid Valley di sini mulai hari ini dan esok.
"Kami amat bangga dengan sambutan setakat ini dan kami menjangka sambutan hangat dari peminat bola sepak di Malaysia," katanya jurucakap FIFA, Lingling Liu selepas ketibaan rombongan jelajah berkenaan di KLIA.
Katanya semasa jelajah itu, peminat berpeluang melihat piala asli itu secara dekat.
Sementara itu, Pengurus Besar Coca-Cola bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Darrusalam, Antonio del Rosario berkata, kira-kira 10,000 peminat akan mendapat peluang keemasan dan jarang diperoleh seumur hidup untuk melihat dan merakamkan gambar bersama trofi itu.
Katanya, Jelajah Piala Dunia FIFA, yang dianjurkan bagi Piala Dunia kedua berturut-turut akan meliputi lebih ramai peminat dan bandar raya serta negara menerusi 225 perjalanan sebelum sampai ke Afrika Selatan pada 4 Mei ini.
"Peminat boleh mendapatkan tiket untuk melihat trofi itu dengan pembelian hidangan Burger Prosperity di restoran McDonald di Lembah Klang mulai sekarang dan juga dengan melawat gerai Coke di Mid Valley," katanya.
Pada 2006 sempena Piala Dunia di Jerman ketika itu, jelajah trofi itu telah singgah di 31 bandar raya dari 29 negara dengan perjalanan sejauh 102,570km.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...