Skip to main content

CEO LTdL 2010 cabar pelumba


PELUMBA negara gigih menjalani latihan di Ipoh semalam menjelang LTdL 2010.


"HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih."
Itu kata-kata yang diberikan kepada skuad elit lumba basikal negara yang akan menyertai Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 pada 1 hingga 7 Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2010, Mohamed Salleh berkata, beliau yakin dengan kemampuan skuad negara pada perlumbaan berstatus Hors itu yang memasuki edisi ke-15 tahun ini.

"Meskipun saya baru bercakap dengan William Walker (pengarah strategi perlumbaan), saya yakin dengan kemampuan dan perancangan yang akan dilakukan pada LTdL 2010 nanti.

"Selain itu, saya juga sudah berjumpa dengan barisan pelumba dan mereka berjanji akan melakukan sesuatu," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan skuad negara, semalam.


Turut hadir Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab.
Menurut Mohamed, sebelum pelumba memulakan sesi latihan rutin pagi semalam, beliau sempat bertemu dengan mereka dan memberi kata-kata semangat.

Selain itu, beliau juga berjanji untuk memberi penghargaan sekiranya mereka berjaya mencapai kejayaan pada perlumbaan itu.

Jelasnya, dari segi moral, barisan pelumba negara telah bersedia dan apa yang penting adalah kemahuan mereka sendiri untuk mencapai kejayaan.

Bagaimanapun, pelumba diberi ingatan supaya tidak terlalu mengharapkan ganjaran, sebaliknya biar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memikirkan perkara itu.

"Saya ada berjanji dengan Suhardi (Hassan) yang saya akan memeluknya di atas podium jika dia menang."
Pada masa yang sama, Mohamed berkata, semua persiapan bagi menghadapi perlumbaan itu berjalan lancar dan mengikut jadual.


MOHAMED (tengah) meninjau persiapan skuad elit lebuh raya negara di Ipoh semalam.


"Kita hanya menunggu masa untuk menjayakan perlumbaan itu, segala-galanya sudah siap," katanya.
Menurutnya, mereka juga menjalin kerjasama yang baik dengan semua pihak yang terbabit termasuk kerajaan-kerajaan negeri yang sentiasa bersedia memberikan sokongan.

Sementara itu, Abu Samah ketika diminta mengulas mengenai sasaran menamatkan saingan di tempat ke-12 berkata, ia lebih realistik untuk edisi tahun depan.

"Kita harus faham, Walker baru sahaja melatih pelumba negara kira-kira dua minggu.
"Beliau memerlukan masa yang lebih panjang tetapi berdasarkan kepada keadaan semasa (latihan), sasaran tempat ke-12 yang ditetapkan oleh ketua jurulatih, John Beasley mungkin boleh dicapai.

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...