Skip to main content

'Jangan resah isu keselamatan'

Persatuan perlu tumpu persiapan atlit untuk Sukan Komanwel: Kok Chi

ISU keselamatan yang membelenggu Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, Oktober ini seharusnya tidak menjejaskan persediaan kontinjen negara menghadapi temasya empat tahun sekali itu.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata persatuan sukan kebangsaan perlu menumpu perhatian menyediakan atlit untuk bersaing di New Delhi, dan tidak terlalu resah dengan faktor keselamatan pada temasya ke-19 itu.

“Saya pasti tuan rumah akan mengambil langkah perlu untuk memastikan keselamatan atlit terpelihara,” kata Kok Chi, semalam. “Jangan kita terlalu cemas atau pun memikirkan mengenainya sehingga tumpuan atlit kita terjejas kerana minda yang terganggu.

“Selagi tidak ada masalah atau pun amaran dan larangan daripada pihak berkuasa, kita seharusnya tidak berasa gusar dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada tuan rumah untuk melaksanakan tugas mereka.”

Isu keselamatan Sukan Komanwel di New Delhi terus menerus menjadi perdebatan dengan beberapa negara utama Komanwel seperti England dan Australia melahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan meletusnya keganasan di negara itu.
Walaupun belum ada negara anggota Komanwel yang menyatakan akan menarik diri daripada temasya itu, serta jaminan daripada tuan rumah bahawa keselamatan kontinjen yang mengambil bahagian menjadi perkara utama, ia masih belum dapat meredakan kebimbangan beberapa negara peserta.

Malaysia meletakkan sandaran tinggi akan dapat menampilkan persembahan terbaik di New Delhi dari pungutan pingat emas dengan melepasi kautan terbaik 10 emas dalam Temasya XVI di Kuala Lumpur pada 1998.

Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...