Skip to main content

'Kita ada kelebihan julang Piala Thomas'

PUTRAJAYA - 'Kita ada kelebihan dan saya yakin kita mampu mencapai sasaran memenangi Piala Thomas'.
Itu ulasan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim mengenai kecelaruan sasaran Piala Thomas yang ditetapkan antara Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut Razali, skuad kebangsaan memiliki kelebihan dari segi pemain dan venue sendiri untuk mencapai sasaran merampas kembali Piala Thomas.

''Saya percaya kita mampu memenangi Piala Thomas seperti yang disasarkan oleh Menteri Belia dan Sukan.
''Ia sasaran yang berasas. Kita ada barisan pemain yang terbaik. Adakah anda tidak percaya kemampuan Chong Wei?

''Kita akan beraksi di tempat sendiri, di depan penyokong sendiri.

''Bagi saya para pemain akan beraksi dengan semangat yang cukup tinggi kerana mereka sedar inilah peluang terbaik untuk kita memenangi semula trofi keagungan sukan badminton dunia.

''Jika tidak sekarang, jika tidak di tempat kita sendiri, bila lagi?,'' katanya selepas majlis meraikan penyumbang dan media kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di sini, semalam.
Majlis dirasmikan oleh Isteri Perdana Menteri, yang juga Penaung Yakeb, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ahmad Shabery mahu pemain negara merampas semula Piala Thomas namun, kelmarin BAM pula hanya menetapkan sasaran ke separuh akhir kejohanan pada Mei ini.


Tambah Razali, selaras dengan hajat besar skuad negara untuk menjulang Piala Thomas, kejohanan Seluruh England bulan depan, wajar menjadi medan persediaan terbaik untuk pemain benar-benar bersedia menggalas cabaran pada kejohanan Mei ini.

''Kejayaan pemain kita di Seluruh England akan melonjakkan lagi semangat mereka apabila beraksi pada Piala Thomas nanti,'' katanya.

Razali turut meminta supaya mana-mana pihak tidak mengganggu persediaan pemain dan jurulatih untuk mereka berdepan kejohanan Piala Thomas.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...