Skip to main content

Shabery Cheek cipta sejarah


GELANGGANG di Kompleks Futsal Putrajaya hampir siap sepenuhnya menjelang Rentap Futsal Putrajaya Kosmo!. pada 14 hingga 16 Mei depan.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol di gelanggang Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.
Semalam, Shabery bersama timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta para pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempamerkan kehebatan masing-masing dalam satu perlawanan persahabatan futsal bagi menguji gelanggang futsal yang baru siap dibina itu.

Biarpun sibuk dengan tugasnya selaku menteri kabinet, Shabery turun meluangkan masa untuk mempamerkan bakatnya dalam permainan futsal.

Beliau memiliki kehebatan tersendiri apabila berjaya membuka tirai jaringan pada perlawanan tersebut sekali gus muncul individu pertama mencipta nama sebagai penjaring di Kompleks Futsal Putrajaya yang serba canggih itu.

Selepas hampir dua jam beraksi, Shabery ternyata berpuas hati dengan pembinaan 11 gelanggang futsal bernilai RM3.45 juta itu dan menganggap ia merupakan yang terbaik pernah dibina oleh KBS berbanding gelanggang futsal lain di seluruh negara. Pembinaannya diselia oleh Perbadanan Putrajaya.

"Setelah saya sendiri bermain di gelanggang ini (Kompleks Futsal Putrajaya), saya sememangnya berpuas hati terutama dengan kerja-kerja pembinaan yang saya anggap sangat teliti.

"Bagi saya, gelanggang ini memenuhi segala piawaian yang telah ditetapkan dan ia selamat digunakan untuk Rentap Futsal Putrajaya sempena sambutan Hari Belia pada 14 hingga 16 Mei ini.

AHMAD SHABERY (kiri) cuba melepasi halangan Mohd. Salleh (tengah) pada aksi persahabatan di Kompleks Futsal Putrajaya semalam.


"Justeru, saya menyeru kepada semua belia di Malaysia agar turut serta dalam program yang dianjurkan sempena Hari Belia Negara itu kerana inilah masanya untuk mereka berkumpul," jelas Shabery.

Beliau menambah, ketika ini gelanggang futsal utama di kompleks tersebut diberi nama Gelanggang Mokhtar Dahari bagi memperingati sumbangan legenda bola sepak negara itu dalam sukan bola sepak tanah air.
"Gelanggang utama telah diberi nama dan baki 10 lagi gelanggang tersebut turut akan diberi nama dan hanya akan diumumkan setelah kompleks ini siap sepenuhnya pada November depan.

"KBS ketika ini mempunyai banyak pilihan bagi nama tersebut namun ia hanya akan diputuskan sebelum November depan," tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Kecergasan Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Mohd. Salleh Ghazali berkata, kesemua gelanggang futsal yang dibina di kompleks tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

"Permukaan gelanggang tersebut dibuat daripada bahan acrylic iaitu material yang telah ditetapkan untuk pembinaan setiap gelanggang futsal.
"Saiz gelanggang pula berukuran 42x25 meter iaitu bagi gelanggang utama (Mokhtar Dahari) manakala 10 lagi gelanggang berukuran 19x27 meter.

"Sudah pasti semua gelanggang tersebut selamat untuk digunakan dan ia tidak perlu dikhuatiri," kata Salleh.
Pasukan-pasukan yang beraksi pada Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! nanti pasti dapat menikmati suasana perlawanan yang selesa kerana semua gelanggang memiliki kualiti bertaraf antarabangsa.
Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM61,950.


KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...