SUKAN Malaysia (Sukma) XIII yang akan berlangsung di Melaka pada 10 hingga 19 Jun ini terus mendapat sambutan daripada pihak penaja
Semalam, syarikat pengeluar minuman isotonik, 100Plus tampil menghulurkan tajaan sebanyak RM500,000 bagi memeriahkan temasya dwi tahunan itu.
Ketika menerima tajaan tersebut, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sumbangan itu adalah dalam bentuk wang tunai dan minuman yang akan digunakan sepenuhnya bagi menjayakan Sukma XIII.
Menurutnya, sebahagian daripada penajaan tersebut akan digunakan untuk tujuan promosi bagi mengedarkan pelekat kereta Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 yang akan diedarkan tidak lama lagi.
Semalam berlangsung majlis penyerahan tajaan itu yang disempurnakan oleh Pengurus Hal-Ehwal Korporat Negara Fraser & Neave, Datuk Kamal Harun di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Sukma XIII akan mempertandingkan 33 acara sukan dan disertai oleh 15 pasukan termasuk Brunei selaku pasukan jemputan.
KOSMO
Comments
Post a Comment