Skip to main content

Adi gah pecah rekod kebangsaan

pix_gal0
Cipta sejarah selaku atlit pertama lakar jarak 17.18m acara lontar peluru

ADI Aliffudin Hussin (gambar) memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru serta memahatkan dirinya dalam sejarah selaku atlit pertama melepasi tembok 17 meter apabila melakarkan jarak 17.18 meter pada kejohanan olahraga Terbuka Taiwan, yang berakhir kelmarin yang turut menyaksikan ratu baling tukul besi, Tan Song Hwa mencatat rekod baru.

Dalam saingan dibarisi atlit terbaik dunia, Adi, 22, yang menduduki tempat kelima dengan jarak itu, memadamkan rekod lama 16.92m dilakukan ketika memenangi perak di Sukan Sea XXV di Vientiane, Disember tahun lalu.

Jurulatihnya, yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara itu, Mohd Nazar Abdul Rahim, terkejut dengan catatan cemerlang anak didiknya itu.

“Saya hanya mensasarkan Adi melakukan sekitar 16.90 meter sebelum cuba melepasi jarak 17 meter di Sukma (Sukan Malaysia) di Melaka bulan depan,” kata Nazar, semalam. “Tetapi dia buat lebih awal dan saya cukup gembira dengan pencapaiannya itu.

“Saya berharap dia dapat meningkatkan lagi jarak itu apabila bertanding di Sukma,” katanya, yang sedikit kecewa kerana catatan itu masih jauh daripada mengatasi syarat kelayakan ke Sukan Asia dan juga Sukan Komanwel.

Song Hwa pula, membaling tukul besinya sejauh 57.55m bagi tempat pertama dan juga rekod baru kebangsaan, mengatasi catatan lamanya 56.41m juga dilakukan di Vientienne.
Turut cemerlang pelari 110m berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian, yang mencatat kepantasan peribadi terbaik musim ini 14.02m untuk memenangi pingat emas. Ia juga menampakkan pelari Sabah itu sudah kembali menemui rentaknya yang begitu sumbang sepanjang musim lalu.

Malaysia turut meraih emas acara 4x400m lelaki apabila kuartet Amir Fakhri Mohd Ismail, Muhamad Idris Zakaria, Mohd Jironi Riduan dan Mohd Zaiful Zainal Abidin mencatat tiga minit 16.64 saat manakala Zaiful turut meraih perak acara 400m (48.02s) begitu juga Jironi dalam 800m, Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang) dan Yap Jeng Tzen lempar cakera wanita dengan jarak 43.98m.

Jaguh Sukan Sea dan pemegang rekod kebangsaan acara wanita, Roslinda Samsu hampa apabila gagal melepasi ketinggian 3.80m dalam ketiga-tiga percubaan manakala dalam acara sama kategori lelaki, Mohd Hafizuddin Sahadan kecundang dalam ketinggian permulaan, 4.40m

Oleh Lukman Salleh

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...