Bagi menunjangi skuad badminton negara pada masa depan
AKSI atlit luar biasa diharap muncul pada acara badminton di Sukan Malaysia XIII, Melaka pada 10 hingga 19 Jun ini di Stadium Mini Bestari Ayer Keroh bagi menunjangi barisan pelapis utama negara pada masa depan.
Harapan menggunung itu diluahkan jurulatih badminton negara, Misbun Sidek yang mengharapkan ada bintang baru akan lahir di Melaka pada Sukma XIII kali ini demi mengisi persaingan luas kepada barisan pelapis masa ini.
Baginya, tidak mustahil ada antara mereka yang mampu menyerlah walaupun ramai di kalangan pemain adalah deretan pelapis negara mewakili negeri masing-masing termasuk pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil
“Harap akan wujud muka baru mewarnai badminton selepas negara gagal merampas Piala Thomas, baru-baru ini,” katanya yang akan turun sendiri ke gelanggang untuk meneliti bakat luar biasa,t termasuk dari kawasan pedalaman dan perkampungan.
Baginya, had usia yang paling sesuai adalah bawah 20 tahun bagi membolehkan atlit sekitar usia 15 hingga 19 tahun mampu menggilap bakat

Comments
Post a Comment