Skip to main content

New Delhi platform bentuk barisan hoki terbaik negara


SUKAN Komanwel di New Delhi bakal menjadi pengukur kemampuan skuad negara pada temasya Sukan Asia di Guangzhou, China, November depan.


SUKAN Komanwel yang akan berlangsung di New Delhi, Oktober depan bakal menjadi platform terbaik buat jurulatih negara, Stephen van Huizen dalam mencari resipi terbaik bagi membentuk skuad hoki yang mantap.

Ini kerana temasya yang akan disertai negara-negara bekas koloni British itu adalah ujian terakhir bagi skuad negara sebelum menggalas cabaran sebenar pada Sukan Asia di Guangzhou, China sebulan kemudian.
Biarpun Sukan Komanwel tidak menawarkan slot automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London, namun temasya yang dijadualkan pada 3 hingga 14 Oktober itu masih tetap penting dalam agenda van Huizen dari segi persiapan mental dan fizikal anak-anak buahnya.

Diundi dalam kumpulan maut, Kumpulan A bersama-sama juara dunia dan Olimpik, Australia selain India, Pakistan dan Scotland, mungkin itu peluang terakhir bagi van Huizen mengenal pasti kemampuan sebenar barisan pemain negara sebelum mencari rencah lain bagi menghadapi Sukan Asia di Guangzhou pada 12 hingga 27 November.

"Sudah tentu Sukan Asia adalah keutamaan bagi semua pasukan Asia termasuk India dan Pakistan yang juga menyertai temasya Sukan Komanwel," kata van Huizen kepada Kosmo!


"Ketika ini ada 30 pelatih dalam skuad ini dan saya masih mencari gandingan pemain yang sesuai. Kedua-dua kejohanan sangat penting bagi masa depan hoki kita.



"Sukan Komanwel sangat penting bagi menguji keserasian dan tahap kemampuan pemain. Namun, paling penting ialah misi kita pada Sukan Asia kerana ia menawarkan satu slot automatik ke Sukan Olimpik 2012. Itu cabaran sebenar," katanya lagi.

Dalam pada itu, skuad negara akan beraksi dalam Kejohanan Undangan Empat Negara di Dahlian, China, Julai depan selain van Huizen turut mengatur aksi persahabatan menentang Australia dan juga beberapa pasukan dari negara Eropah lain.

"Tidak diragui lagi bahawa kita diundi dalam kumpulan yang sukar. Namun, ia juga bagus kerana kita dapat menguji kemampuan sebenar Australia, India dan Pakistan pada kejohanan itu," kata van Huizen.
Skuad negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur dan gangsa di Melbourne 2006, akan memulakan saingan dengan menentang India (5 Oktober), Pakistan (6 Oktober), Scotland (8 Oktober) dan Australia (10 Oktober)

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.nizam@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...