Skip to main content

Tindakan NGO mengarut'

Nadzmi tak tunduk desakan letak jawatan presiden BAM

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohd Nadzmi Salleh tidak akan tunduk kepada sebarang desakan atau melayan tuntutan daripada mana-mana pihak atau pun individu supaya dia meletakkan jawatannya akibat kegagalan di kejohanan Piala Thomas, baru lalu

Nadzmi turut menyifatkan sebagai mengarut tindakan lebih 200 orang – yang mendakwa mewakili pertubuhan Gabungan NGO Malaysia – yang mengadakan tunjuk perasaan di ibu pejabat BAM di Bukit Kiara, kelmarin, yang menuntut supaya dia meletakkan jawatan

Malah Nadzmi tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak atau individu yang cuba menangguk di air keruh, dalam keadaan badminton negara ‘masih merawat kedukaan’ di Piala Thomas.

“Tindakan mereka mengarut,” kata Nadzmi, semalam. “Saya masih presiden dan tidak wujud perkara sedemikian (meletakkan jawatan). Bukan mereka yang pilih saya sebagai presiden sebalik ahli gabungan.

“Kenapa saya harus tunduk kepada desakan mereka? Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan situasi yang melanda badminton ketika ini,” katanya.

Kelmarin, kumpulan yang menggelar diri mereka Gabungan NGO Malaysia menyerahkan memorandum kepada Pengurus Besar BAM, Kenny Goh menuntut supaya barisan kepimpinan badan induk badminton negara berundur.
Sambil menafikan mereka ditaja atau mewakili pihak atau individu tertentu, pertubuhan mereka mendesak BAM supaya bertanggung jawab sepenuhnya tanpa menyalahkan mana-mana pihak terutamanya pihak media di atas kegagalan skuad Piala Thomas.

Tindakan menyalahkan media dan pihak lain tidak dapat diterima pakai sama sekali ‘ibarat membaling batu sorok tangan.


BHARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...