Skip to main content

UniKL juara MJHL 2010


PEMAIN UniKL meraikan kemenangan dengan menundukkan SSBP Thunderbolt dengan jaringan 2-1 pada liga hoki remaja 2010 di Kuala Lumpur semalam.


HAJAT Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) Thunderbolt untuk merangkul gelaran berganda Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL) Milo-MSN tidak kesampaian apabila tumpas 1-2 kepada pencabar utama UniKL pada aksi final di Stadium Tun Razak semalam, lapor SHAHRIL NIZAM ABDULLAH.
Selepas merangkul gelaran liga, SSBP Thunderbolt dilihat berpeluang merangkul gelaran keseluruhan itu semalam, namun kegagalan menyempurnakan peluang yang terhidang menyaksikan pasukan dari Johor itu terpaksa berputih mata.

Kejayaan ini pula pastinya istimewa buat UniKL setelah terlepas gelaran liga kepada SSBP Thunderbolt menerusi perbezaan jaringan.

"Ini adalah penampilan sulung kami dalam MJHL dan tiada lagi yang kami harapkan selain muncul juara keseluruhan," kata jurulatih UniKL, I. Vickneswaren
"Kami terlepas gelaran liga kepada SSBP Thunderbolt kerana kesilapan sendiri (ketika seri 1-1) dan saya beritahu pemain supaya belajar daripada kesilapan tersebut pada aksi final ini.
"Nampaknya mereka ambil nasihat tersebut dan berjaya buktikan bahawa mereka boleh melakukannya dengan semangat juang yang tinggi," katanya lagi.

Pada aksi semalam, UniKL mendahului 1-0 hasil serangan balas yang pantas yang disudahkan dengan baik oleh Amir Farid Ahmad Fuzi pada minit ke-31.

Begitupun, SSBP Thunderbolt bangkit pada babak kedua dan menyamakan kedudukan 1-1 hasil pukulan penalti yang disempurnakan Faisal Saari pada minit ke-41.


SSBP Thunderbolt kemudian banyak menguasai permainan dengan mencipta banyak peluang jaringan, namun gagal disudahi oleh pemain mereka sebaik saja berada di dalam kawasan D UniKL.

Mohd Aminuddin Abu, adik kepada pemain kebangsaan, Ismail Abu, akhirnya muncul wira UniKL apabila larian solonya pada minit ke-61 berjaya memerangkap pertahanan SSBP Thunderbolt sebelum meledakkan gol kemenangan 2-1 buat pasukanhya.

Jurulatih SSBP Thunderbolt, Wan Roslan Rahman tetap berpuas hati dengan semangat anak buahnya meskipun tergambar kekecewaan selepas menyaksikan anak buahnya terlepas banyak peluang jaringan.
"Kami memberi banyak peluang kepada pasukan lawan untuk menjaringkan gol dan inilah padahnya yang kami terima." kata Wan Roslan.

Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...