KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama)-- Pencarian bakat muda dalam sukan bina badan menjadi misi utama Kejohanan Bina Badan Kebangsaan "Mr Malaysia" kali ke-41 yang akan berlangsung di Pulau Pinang dari 17 dan 18 Julai ini.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bina Badan Pulau Pinang, Shukri Abdullah berkata kejohanan kali ini bertujuan mencari bakat-bakat muda terutamanya remaja sebagai pelapis kepada atlet bina badan negara sedia ada.
"Melalui program sebegini, kita akan ada pelapis bagi mengantikan atlet bina badan seperti Datuk Malek Noor dan Sazali Abd Samad yang mengharumkan nama negara di persada dunia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.
Shukri berkata kejohanan Mr Malaysia kali ini bakal mengumpulkan seramai 120 pembina badan melibatkan 16 kontinjen dari seluruh negara.
Penyertaan hanya dibuka kepada atlet lelaki sahaja dengan kategori umur seawal 21 hingga 45 tahun ke atas dan sebanyak 12 acara dipertandingkan termasuk Light Fly Weight (55kg ke bawah), Fly Weight (55kg hingga 60kg) dan Heavy Weight (90kg ke atas).
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment