Skip to main content

MOM Yakin Peroleh Pingat Dari Acara Terjun

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin atlet terjun negara Pandalela Renong berupaya meraih pingat pada Temasya Olimpik Remaja 2010 di Singapura yang akan berlangsung Ogos ini.

Setiausaha Kerhormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata keyakinan itu berasaskan pencapaian Pandalela sebelum ini selain pernah beraksi di Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

"MOM mempunyai sasaran tersendiri dan sekiranya negara China tidak menghantar barisan atlet terjun terbaiknya kita mempunyai peluang cerah untuk meraih pingat di Singapura nanti," katanya ketika dihubungi Bernama pada hari Selasa.

Tahun lepas, Pandalela meraih tempat ketiga dalam acara 10 meter terjun berirama berkumpulan pada Kejohanan Siri Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) yang berlangsung di Rom.

Selain itu, MOM katanya turut meletakkan harapan kepada atlet lompat tinggi Navin Raj Subramaniam untuk membawa pulang pingat bagi Malaysia.

Harapan itu bersandarkan kepada catatan terbaik Navin pada 2.09 meter yang dibuatnya sebelum ini, kata Sieh.

Beliau berkata secara keseluruhannya MOM mensasarkan tiga pingat tanpa mengira warna pada temasya tersebut.

"MOM akan menghantar seramai 13 atlet yang akan mengambil bahagian dalam acara renang, terjun, angkat berat, badminton, gimnastik berirama, olahraga dan pelayaran," katanya.

Antara atlet berkenaan ialah Lai Wei Li, Ooi Tze Liang (Renang), Fatin Atikah Osman (Angkat berat), Sonia Cheah Su Ya, Lee Wan Nin (Badminton), Mohd Ajmal Aiman Mat Hassan, Mohd Fahme Zamzam Mehamed, Mohd Amirul Shafiq Mohd Jais (Olahraga) dan Khairuneeta Mohd Afendy (Pelayaran).

Sieh bagaimanapun menegaskan temasya itu tidak boleh dijadikan ukuran dalam menilai keupayaan peserta memandangkan tidak semua atlet terbaik dunia akan mengambil bahagian.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...