Skip to main content

Kok Chi pertahan kategori B




KUALA LUMPUR – Nada berbeza disuarakan oleh Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi (gambar) yang bertegas mahu atlet kategori B dikekalkan bagi membantu persatuan sukan di Malaysia daripada berkubur.
Demikian maklum balas yang diberikan oleh MOM sewaktu sesetengah pihak mempertikai atlet kategori berkenaan malah mendesak agar MOM supaya lebih tegas.

Menurut Kok Chi, semua pihak perlu faham tujuan utama kategori B diwujudkan iaitu untuk memberi pilihan kepada persatuan menghantar atlet mereka beraksi di peringkat antarabangsa selain mahu memberi pendedahan kepada atlet agar mereka dapat memperbaiki prestasi kepada yang lebih baik di masa hadapan.

Beliau berkata, jika pihaknya terlalu teliti dalam membuat penilaian kepada atlet yang dicalonkan untuk beraksi di peringkat antarabangsa tentu hanya sedikit sahaja yang melepasi tahap ditetapkan dan keadaan itu mungkin akan memalapkan sukan di negara ini.

‘‘Mereka ini perlu diberi peluang dan kita bukan dengan mudah sahaja melepaskan atlet kategori B ini kerana kita juga akan beritahu sama ada mereka berpotensi atau tidak.
‘‘Sebagai contoh untuk sukan polo air, suatu ketika dahulu kita pernah letakkan mereka dalam kategori B pada Sukan SEA Manila 2005 namun mereka gagal untuk bawa pulang pingat, kemudian pada Sukan SEA di Korat mereka tidak dapat turut serta kerana kekurangan wang dan kini sukan itu semakin kurang menyerlah,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, Kok Chi berkata, kebanyakan atlet yang di masukkan dalam kategori B ialah atlet yang terlibat dalam sukan berpasukan.

‘‘Boleh dikatakan atlet yang beraksi dalam sukan individu adalah yang sentiasa melepasi tahap kelayakan ditetapkan.

‘‘Bukan semua sukan berpasukan yang diletakkan dalam kategori B, tapi apa yang boleh saya katakan ialah setakat ini sukan hoki adalah yang sentiasa melepasi kelayakan ditetapkan untuk berada dalam kategori A,’’ katanya.

Kok Chi berkata, jika tidak ada kategori B ini sudah tentu kita kurang atlet yang berpengalaman kerana tidak dapat menyertai temasya sukan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, katanya, tidak banyak persatuan sukan yang berkemampuan untuk membiayai atlet mereka dan MOM hanya mahu membantu mereka malah jumlah hutang juga dibayar oleh persatuan.


Tambahnya lagi, keputusan untuk mengekalkan kategori B atau memansuhkannya bergantung pada mesyuarat majlis MOM yang akan diadakan pada Oktober ini.

‘‘Bagi saya kategori B ini mampu membantu persatuan sukan di negara ini, kalau kita tidak ada alternatif sebegini tentu atlet sukar untuk bantu mereka.
‘‘Bagaimanapun semua keputusan bergantung pada keputusan mesyuarat yang diadakan dan jika ahli majlis mahu ia dimansuhkan maka kita berserah,’’ jelas Kok Chi.


Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...