Skip to main content

Presiden umum pelantikan hari ini


SULTAN Ahmad Shah (dua dari kiri) akan mempengerusikan mesyuarat pertama Exco FAM 2010-2014 hari ini.


TEKA-TEKI mengenai pelantikan pengerusi dan timbalan pengerusi bagi 17 jawa- tankuasa tetap dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2010- 2014 bakal terjawab hari ini.

Jawatankuasa Eksekutif FAM terdiri daripada 15 ahli yang berjaya memenangi pemilihan pada Kongres FAM ke-47, 31 Julai lalu akan bermesyuarat buat kali pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Mesyuarat itu akan dihadiri Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah; dua timbalan- nya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa serta empat naib presiden iaitu Datuk Subahan Kamal, Datuk Hamidin Mohd. Amin, Datuk Afandi Hamzah dan Datuk Seri Abdullah Hisham Mohd. Hashim.

Lapan anggota Exco pula dibarisi Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Astaman Abdul Aziz, Mejar Rani Abdul Rahim, S. Sivasun- daram, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Datuk Osman Salleh, Rosmadi Ismail dan Datuk Jeferey Low Han Chau.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, antara agenda utama mesyuarat tersebut ialah pelantikan pengerusi dan timbalan pengerusi bagi setiap jawatankuasa tersebut yang akan diumum sendiri oleh Sultan Ahmad Shah.

“Tuanku Presiden akan membuat peng- umuman mengenai pelantikan tersebut. Pengerusi dan timbalan pengerusi bagi jawatankuasa-jawatankuasa tetap ini mestilah dilantik dari kalangan 15 ahli jawatan- kuasa eksekutif.

“Bagaimanapun, Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Rayuan tidak termasuk dalam senarai jawatankuasa tetap ini kerana ia terletak di bawah Badan Ke- hakiman FAM,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengikut statut FAM, senarai 17 jawa- tankuasa tetap tersebut ialah Kewangan & Pengurusan, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Jawatankuasa Undang-Undang & Peraturan, Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa.

Jawatankuasa Pengadil, Jawatankuasa Odit Dalaman, Jawatankuasa Bola Sepak Wanita, Jawatankuasa Teknikal & Pemba- ngunan Bola Sepak Belia, Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai, Jawatankuasa Perubatan Sukan.

Jawatankuasa Status Pemain, Jawatankuasa Media & Perhubungan Awam, Jawa- tankuasa Tiket & Pintu, Jawatankuasa Keselamatan, Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan & Ketelusan serta Jawatankuasa Ad-Hoc.

Kerusi yang pasti kosong ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal yang sebelum ini diisi bekas timbalan presiden, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad dan Pengerusi Jawantankuasa Pertandingan Tempatan yang diisi bekas naib presiden, Datuk Che Mat Jusoh.

Redzuan dan Che Mat tewas pada pemi- lihan 31 Julai lalu.
Hanya Sultan Ahmad Shah, Hamidin (Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai) dan Afandi (Jawatankuasa Undang-Undang & Peraturan) yang boleh mengekalkan jawatan mereka kerana masih berada dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM.

Namun, terpulang kepada pengumuman Sultan Ahmad Shah hari ini sama ada mengekalkan mereka atau diberikan tugas baru mengetuai jawatankuasa yang lain untuk tempoh empat tahun akan datang.


Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

Comments

  1. Terkini dari Wisma FAM: Tengku Mahkota Pahang dilantik selaku Pengerusi J/Kuasa Pertandingan Antarabangsa,Belia dan Teknikal....Tan Sri Annuar Musa Pengerusi MSL dan Bolasepak Wanita

    Dato Subahan Kamal,Pengerusi Media dan perhubungan Awam FAM dan Timbalan Pengerusi Pasukan Kebangsaan

    Dato Hamidin Mohd Amin,Pengerusi J/Kuasa Pertandingan Tempatan.....Dato Affendi hamzah..Pengerusi J/Kuasa Undang2 FAM...Dato Abdullah Hishan Pengerusi J/kuasa Futsal dan Bolasepak pantai

    Datuk Takiyuddin Pengerusi status pemain....datuk Astaman...Pengerusi J/Kuasa pengadil...S Sivasundram...Pengerusi J/kuasa Tiket dan pintu Masuk.....Mejar Rani Pengerusi Bsepak wanita....Dr Hamdan Pengerusi Perubatan Sukan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...