Skip to main content

Harun puji komitmen atlet

KEMELUT yang melanda Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan atlet olahraga negara.
Sebaliknya ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed Othman berkata, dia sangat berpuas hati dengan komitmen yang dipamerkan atlet-atlet ketika sesi latihan di bawah pengawasannya.
"Saya tidak merasakan isu-isu yang timbul sebelum ini telah menjejaskan tumpuan para atlet sewaktu mereka menjalani latihan ataupun menyertai sebarang kejohanan.

"Apa yang saya lihat, mereka sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya kerana sedar bahawa mereka ada tugas yang lebih penting buat negara," jelas Harun kepada Kosmo! baru-baru ini.
Ketika ini, barisan atlet olahraga negara sedang giat menjalani latihan bagi beraksi pada dua temasya iaitu Sukan Komanwel di New Delhi, India pada Oktober dan Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China November depan.


Sebelum ini, ada segelintir pihak bimbang tumpuan atlet olahraga negara bakal terjejas disebabkan isu hutang yang yang membabitkan KOAM sebanyak RM60,000 dengan MOM.

Lebih memburukkan keadaan, MOM pada awalnya tidak membenarkan atlet olahraga kategori B beraksi pada Sukan Komanwel sekiranya KOAM masih gagal menjelaskan hutang mereka itu.
Namun, kini segala-galanya telah selesai dan apa yang pasti kedua-dua badan induk tersebut telah sebulat suara untuk tetap menghantar atlet-atlet olahraga negara beraksi baik atas tiket ketegori A mahupun kategori B.

"Bagi saya apa yang paling penting adalah persiapan atlet itu sendiri dan saya percaya penyertaan mereka pada Sukan Komanwel ini adalah merupakan satu pendedahan yang sangat baik" tambah Harun.
Kali ini, seramai tujuh atlet telah disenaraikan bagi mengambil bahagian pada Sukan Komanwel yang bakal masuk edisi ke-19 itu.

Antaranya adalah jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, Roslinda Samsu (lompat bergalah), Siti Zubaidah Adabi (100 meter), M. Vadivelan (800 meter), P. Yuvaraj (400 meter) dan Teoh Boon Lim dan Lo Choon Siang dalam acara 20 kilometer jalan kali.

Bagi Sukan Asia pula, cabaran negara sekali lagi digalas Hup Wei dan Roslinda serta kuartet 4x100 meter yang dibarisi Zubaidah, Norjannah Hafizah Jamaludin, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Yee Yi Ling.

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...