Skip to main content

KBS mahu jalin kerjasama dengan University Stirling


AHMAD SHABERY (kiri) bersalaman dengan pengetua University of Stirling, Prof. Gerry McCormac selepas mengadakan pertemuan di Stirling, Scotland semalam.


STIRLING (SCOTLAND) - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang mengadakan kerjasama dengan University of Stirling bagi membangunkan sukan di Malaysia.
Demikian jelas menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam.

Beliau berkata, satu perbincangan mengenai perkara itu sedang diatur antara Majlis Sukan Negara (MSN), universiti tersebut dan Majlis Sukan Scotland.

"Kerjasama itu akan memberi fokus kepada model pembangunan industri sukan, pengurusan sukan dan persediaan atlet," katanya selepas melawat universiti tersebut semalam.
Ahmad Shabery berkata, kerjasama itu turut membuka kemungkinan untuk mewujudkan pangkalan hadapan atlet sebagai persediaan ke Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.

Pada masa yang sama, beliau menggesa universiti di Malaysia mencontohi rakan di Scotland yang melakukan pelbagai penyelidikan untuk pembangunan sukan.

Katanya, hasil penyelidikan itu pula akan diadaptasi dan dimanfaatkan sektor sukan tanah air.
Ketika lawatan itu, Ahmad Shabery dibawa melihat kelengkapan dan kemudahan yang disediakan untuk pembangunan sukan di universiti tersebut selain diberi taklimat berkenaan kejayaannya membangunkan industri sukan selama 30 tahun, yang bukan saja menjana pendapatan tetapi juga melahirkan atlet terbaik dunia.

University of Stirling adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi di negara itu yang menawarkan biasiswa pengajian sukan.

Ia juga berjaya menghasilkan 75 juara peringkat nasional selain melahirkan atlet yang bertanding di peringkat Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan acara bertaraf antarabangsa lain. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...