Kontinjen kedua itu adalah yang terbesar selepas skuad boling padang berlepas ke ibu negara India itu, Jumaat lepas.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata kontinjen tersebut turut diiringi dua orang pegawai polis selaku pegawai kontinjen untuk menjaga keselamatan atlet di sana.
Bercakap kepada pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada kontinjen itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Selasa, beliau berharap sebarang kekurangan di temasya itu dapat ditangani oleh pihak penganjur sebelum temasya itu bermula Ahad ini.
Kontinjen hari ini merangkumi enam anggota skuad gimnastik, angkat berat, akuatik, memanah, badminton dan berbasikal.
Malaysia, yang menghantar 201 atlet dan 95 pegawai dalam menyertai dalam 17 jenis sukan pada temasya itu, mensasarkan 10 pingat emas iaitu jumlah sama semasa Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 1998.
-- BERNAMA
http://thedelhi2010.blogspot.com/
Comments
Post a Comment