Skip to main content

Semangat 'Harimau Malaya'




MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mahu lagu kebangsaan bergema sebanyak 10 kali pada temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India bermula 3 hingga 14 Oktober depan.
Ia adalah kesinambungan daripada sasaran yang diletakkan kepada kontinjen Malaysia untuk mengutip sebanyak 10 pingat emas pada temasya yang bakal masuk edisi ke-19 itu.
Shabery berkata, perkara tersebut tidak mustahil mampu dilaku- kan oleh atlet negara sekiranya mereka mencontohi semangat juang atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara pada Sukan SEA 2009 di Laos, Vientiane.

"Pada temasya itu, sasaran awal negara adalah 30 hingga 35 pingat emas tetapi berkat semangat juang serta kesungguhan para atlet, kita mampu melebihi apa yang disasar- kan itu dengan mengutip 40 pingat emas.
"Atlet perlu menunjukkan yang mereka layak bergelar sebagai 'Harimau Malaya' yang mana tidak akan sesekali mudah tunduk dan berputus asa dalam usaha mengha- rumkan nama negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan jalur gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Komanwel di IOI Resort, Palm Garden Hotel, Putra- jaya semalam.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamed; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz.

Sandaran utama bagi membawa pulang 10 pingat emas tersebut dile- takkan dalam acara lumba basikal, boling padang, badminton, skuasy, memanah dan juga akuatik bagi acara terjun.

SHABERY (tengah) bergambar bersama para atlet negara pada majlis penyerahan Jalur Gemilang untuk Sukan Komanwel 2010 di Putrajaya semalam.


Dalam pada itu, Shabery optimis yang atlet negara mampu membawa pulang lebih daripada 10 pingat emas yang disasarkan itu menerusi acara angkat berat dan juga basikal trek.

"Saya mendapat perkhabaran bahawa atlet angkat berat India kini sedang berdepan dengan masalah, jadi... saya merasakan peluang buat negara untuk mengutip pingat emas adalah lebih cerah.
"Manakala bagi basikal trek pelu- ang buat Mohd. Azizulhasi (Awang) untuk meraih dua pingat emas bagi kategori pecut dan keirin lebih terbuka selepas pelumba Britain, Chris Hoy difahamkan tidak akan menyertai temasya itu nanti," ujar Shabery.

Mengulas mengenai ancaman daripada pihak militan di India yang mahu melakukan serangan ketika berlangsungnya Sukan Komanwel nanti, Shabery menjelaskan yang pihaknya sentiasa memantau perkembangan terbaru berhubung perkara tersebut.

"Sehingga kini, saya yakin kerajaan India memandang serius berhubung ancaman tersebut dengan memberi perhatian berlipat kali ganda dan percaya mereka mampu menanganinya dengan baik.
"Untuk itu, para atlet, pegawai- pegawai dan pihak keluaga atlet tidak perlu bimbang dengan perkara tersebut," jelas Shabery.

Pada temasya kali ini, kontinjen Malaysia akan menghantar seramai 95 orang terdiri daripada para pegawai dan 201 atlet ke New Delhi, India nanti.


Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...