Skip to main content

Skuad Kebangsaan Tetap Bertanding Pada Piala Suzuki AFF Di Jakarta - Annuar

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama)-- Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata pasukan bola sepak negara akan tetap bertanding pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki di Jakarta Disember ini walaupun berlaku demonstrasi anti-Malaysia di sana.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, keyakinan beliau berdasarkan keupayaan negara itu dalam menganjurkan beberapa acara berprestij seperti badminton.

"Saya yakin pihak Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) akan mengambil langkah-langkah wajar dalam memastikan keselamatan para pemain bola sepak kita

"Selain itu, keyakinan saya turut bersandarkan kepada keupayaan mereka dalam menganjurkan beberapa kejohanan berprestij dunia termasuk badminton dan sebagainya,jadi kita harus memberi kepercayaan kepada mereka dalam menganjurkan pertandingan itu (Piala AFF Suzuki)," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan pasukan negara ke Jakarta berikutan gerakan anti-Malaysia dilancarkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di negara berkenaan baru-baru ini.

Katanya, badan bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(FIFA) boleh mengambil tindakan ke atas Indonesia sekiranya mereka gagal memastikan keselamatan para pemain dan pegawai sewaktu kejohanan itu sedang berlangsung.

Ditanya mengenai sasaran untuk skuad kebangsaan, Annuar secara peribadi tidak meletakkan sasaran kepada skuad bola sepak negara tetapi mahu mereka memperbaiki pencapaian lepas.

"Tiada ada sasaran spesifik tetapi saya mahu mereka memperbaiki pencapaian lepas. Kalau permainan kita kurang sewaktu memenangi pingat emas dalam Sukan SEA, setidak-tidaknya, permainan kita lebih baik daripada negara-negara Asean," katanya.

Pada kejohanan tersebut dari 1 hingga 29 Dis ini, Malaysia disenaraikan dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Thailand dan pemenang kumpulan pusingan kelayakan.

Kumpulan B disertai oleh juara bertahan Vietnam, Singapura, Myanmar dan naib juara kumpulan pusingan kelayakan.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir yang dijalankan secara timbal balik pada 15 dan 16 Dis dan 18 dan 19 Dis.

Perlawanan akhir secara timbal balik akan diadakan pada 26 dan 29 Dis ini.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...