Skip to main content

Elaine sedia hadapi cabaran getir di Guangzhou

KUALA LUMPUR - Gimnas kebangsaan, Elaine Koon mengakui cabaran pada Sukan Asia Guangzhou, jauh lebih sukar berbanding Sukan Komanwel di New Delhi, minggu lepas.

Menurutnya, Jepun, Kazakhstan dan China adalah antara negara yang mempunyai kekuatan dalam sukan gimnastik berirama, kerana mempunyai barisan gimnas berpengalaman luas di peringkat antarabangsa.
Namun, Elaine, 17, yakin untuk memberikan persembahan terbaik bagi mendapatkan pingat buat negara pada saingan di Guangzhou nanti.

''Walaupun sukar, saya tetap bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran di Guangzhou.
"Saya akan terus mengikuti latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) untuk meningkatkan lagi prestasi,'' katanya, semalam.

Pada temasya sukan di New Delhi, Elaine mencipta kejutan apabila memenangi satu pingat emas melalui acara apparatus gelung, iaitu pingat emas ke-10 Malaysia.

Selain Elaine, gimnas yang sama-sama beraksi di New Delhi, Nur Hidayah Abdul Wahid, juga akan menggalas cabaran negara di Guangzhou.
Guangzhou adalah penyertaan pertama dua gimnas muda negara ini.


Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...