Skip to main content

Skuad Negara Perlu Kekal Rentak Serangan Esok - Raja Ahmad Zainuddin

IPOH, 28 Dis (Bernama) -- Pasukan bola sepak negara yang menewaskan pasukan negara jiran Indonesia 3-0 Ahad lepas perlu mengekalkan rentak menyerang dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010, yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu.

Anggota Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata skuad 'Harimau Malaya' bakal berhadapan serangan bertali arus skuad 'Garuda' dalam perlawanan yang dijangka sengit.

"Saya percaya skuad negara mempunyai harapan besar memastikan misi berjaya tetapi harus mengekalkan prestasi sepanjang 90 minit perlawanan. Perlawanan yang dimenangi di tempat sendiri sebelum ini berbeza dengan tempat lawan. Semua pemain harus sedar permainan di tempat lawan adalah berbeza dan mereka harus memastikan kesihatan mental dan fizikal berada di tahap terbaik," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Raja Ahmad, yang juga bekas Naib Presiden FAM, berkata skuad negara tidak seharusnya berasa selesa dengan kelebihan tiga gol yang diraih menerusi perlawanan akhir pertama Ahad lepas.

"Jangan letakkan pasukan dalam keadaan selesa kerana kita pernah ditewaskan 1-5 sebelum ini... terlalu banyak implikasi akan timbul ketika bermain di tempat lawan," katanya.

Raja Ahmad berkata seluruh rakyat Malaysia menunggu kehadiran piala itu dengan penuh harapan dan jika memenanginya maka ia pertama kali dibawa ke Malaysia selaku juara.

"Ini merupakan kali kedua pasukan negara layak ke perlawanan akhir. Saya menyeru warganegara Malaysia yang tinggal di sekitar Jakarta dan Bandung untuk turun memberi sokongan kepada pasukan negara esok," katanya.

Semangat kesukanan yang ditunjukkan rakyat Indonesia semasa perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil wajar dicontohi masyarakat Malaysia di sana, katanya.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...