Skip to main content

Anuar mahu bangkit selepas derita pendakian

AZAB dua pendakian ke puncak Cameron dan Genting Highlands sudah diatasi penyandang gelaran Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL), Anuar Manan, dan tumpuannya kini menambah mata untuk memastikan jersi biru kejohanan kekal miliknya.

Sasaran utama pelumba pasukan Terengganu Pro Asia Cycling itu ialah menjuarai sekurang-kurangnya satu daripada baki lima peringkat, dan medan terbaik ialah laluan landai dari Rawang ke Putrajaya pada peringkat keenam hari ini.

“Saya lega kerana dua peringkat paling sukar sudah berakhir, dan baki lima peringkat selepas ini menampilkan laluan landai yang dinanti-nanti pelumba pecut seperti saya,” kata Anuar yang kini berkongsi 51 mata dengan pendahulu kategori pecut - Andrea Guardini.
“Perlumbaan esok (hari ini) adalah peluang terbaik untuk saya mencuri satu peringkat dalam edisi kali ini, dan rakan sepasukan juga sudah bersedia untuk memastikan saya dapat mengutip seberapa banyak mata di zon pecutan.

Pencapaian terbaik Anuar setakat lima kategori ialah di tempat kedua Peringkat 3 dari Taiping ke Sitiawan.

Anuar dan Guardini bersaing sengit untuk gelaran Raja Pecut, tetapi pelumba Farnese Vini-Neri Sotttoli (FAR) itu kekal menyarung jersi biru pada perlumbaan hari ini berdasarkan kelebihan menjuarai Peringkat 1 dari Dataran Helang ke Pekan Kuah, Langkawi.

Pada Peringkat 6 hari ini, laluan landai 107 km menanti pelumba dengan tiga zon pecutan ditampilkan - Ulu Klang, Kajang dan Menara KBS sebelum perlumbaan berakhir di hadapan Perbadanan Putrajaya.



B.Harian

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...