Skip to main content

Chong Wei kerja keras

JUARA bertahan Terbuka Korea, Datuk Lee Chong Wei (gambar) memerlukan masa hampir sejam untuk melangkah ke pusingan kedua manakala Wong Mew Choo hanya beraksi 36 minit.
Chong Wei diakui mendapat undian sukar di kejohanan Siri Super Premier pertama di Seoul, berdepan pemain Denmark, Jan O Jorgensen di pusingan pertama.

Chong Wei menang set pertama 21-9 gagal mengekalkan rentak sama di set kedua membolehkan Jorgensen bangkit menang 21-18 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Kedua-dua pemain saling mengejar di set ketiga, namun Chong Wei mula menjarak diri sebaik mencecah mata ke-14 untuk menang 21-16. Di pusingan kedua hari ini, jaguh negara itu akan berdepan sama ada Park Sung Hwan dari Korea atau Przemyslaw Wacha dari Poland.

Dalam pada itu Mew Choo hanya dipaksa berkerja keras pada set pertama oleh pemain kelayakan dari China, Lie Xin.

Kedudukan terikat sehingga 18-18 tapi Mew Choo mula mengorak langkah menamatkan hasrat pemain muda itu dengan 21-18.

Di set kedua, Mew Choo lebih yakin dan menang 21- 15 untuk berdepan lawan yang menewaskannya minggu lalu di Terbuka Malaysia, Wang Xin.

Pada pertemuan minggu lalu, Mew Choo berjaya mengheret lawan ke permainan rubber set dan ratu badminton negara itu pastinya bertambah yakin pada pertemuan kali ini.

Turut mara Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock yang hampir dikejutkan beregu Jerman, Ingo Kindervater-Johannes Schoettler.

Aksi di Korea sentiasa memberi kesukaran kepada pemain ternama Asia kerana suhunya yang sejuk ketika ini menyebabkan pergerakan bulu tangkis agak perlahan.

Gandingan negara yang dalam proses merebut tempat ke Olimpik London 2012 itu menang 21-13 pada set pertama tapi gagal menyudahkan lebih awal dalam set kedua apabila Kindervater-Schoettler menang 22-20. Begitupun mereka bangkit pada set ketiga menang 21-18 untuk berdepan Hong Wei-Shen Ye (China)-Michael Fuchs-Oliver Roth (Jerman).

Begitupun, Muhd Hafiz Hashim yang meminta meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) minggu lalu gagal memberi hadiah terbaik pada penampilan terakhir di bawah naungan persatuan apabila sekali lagi kandas di pusingan pertama.

Kali ini dia tunduk kepada pemain Jerman, Marc Zweibler 21-16, 21-13 dalam masa hanya 35 minit. Kekalahan di tangan Zwiebler ini menjadikan kedua-dua pemain kini mempunyai rekod pertemuan seimbang, masing-masing menang dua perlawanan.

Beregu pelapis, Goh Wei Shem-Teo Kok Siang yang berada di ranking ke-23 dunia gagal melepasi cabaran pemain ranking ke-56 dunia dari China, Qiu Zihan-Liu Xiaolong 13-21, 18-21.


 My Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...