KEPERCAYAAN diberikan Kementerian Belia dan Sukan apabila menyenaraikan hoki ke dalam program Road To London akan sedaya upaya dibalas skuad negara dengan cuba melepasi kelayakan temasya kejohanan terbesar itu.
Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Maninderjit Singh berkata, pengiktirafan diberikan kerajaan kepada sukan ini cukup besar nilainya.
Apatah lagi katanya, apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada pemain hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai sebahagian kontinjen ke London bersama skuad bola sepak negara.
“Saya fikir pengiktirafan ini hasil kejayaan meraih pingat perak pada Sukan Asia lalu. Dengan kepercayaan diberikan, skuad negara akan sedaya upaya melepasi kelayakan ke Sukan Olimpik London,” katanya.
Jelas Maninderjit, usaha ke arah itu pastinya bermula awal tahun depan, iaitu pada pusingan kelayakan untuk ke Sukan Olimpik yang berlangsung di tiga lokasi utama.
“Setakat ini dua lokasi sudah diketahui iaitu di Jepun dan India sementara satu lagi lokasi diketahui Oktober tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyenaraian hoki dalam program Road To London bersama bola sepak serta menembak.
MyMetro

Comments
Post a Comment