Skip to main content

Ibu lega Jijoe keluar hospital

SELAMIAH menatap laporan akhbar mengenai Azizul, di Dungun, semalam.
SELAMIAH menatap laporan akhbar mengenai Azizul, di Dungun, semalam.
Kakinya masih sakit tetapi minta kami sekeluarga tidak bimbang keadaannya

SELAMIAH Yong - ibu kepada jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang lega kerana pembedahan mengeluarkan serpihan kayu daripada kaki anaknya berjaya dan sudah dibenarkan keluar hospital dan pulang ke Melbourne.

Ibu berusia 47 tahun itu berkata, dia menerima berita itu melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar Azizulhasni pada jam 1.30 petang semalam yang memberitahu dia selamat dan sedang menunggu penerbangan dari Dubai ke Melbourne.
“Jijoe (Azizulhasni) memberitahu kakinya masih sakit tetapi minta kami sekeluarga tidak bimbang keadaannya.

“Kami bangga dengan Jijoe yang tetap meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat sedangkan kakinya ketika itu masih tertusuk serpihan kayu itu. Dia tidak menyerah kalah demi negara,” katanya ditemui di rumahnya di Jalan Teratai, Dungun, semalam.

Selamiah berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 11 malam daripada seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan insiden itu dan sepanjang malam itu dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan nasib anaknya.

“Saya terasa ngeri melihat serpihan kayu itu dan tidak putus berdoa agar kecederaan itu tidak parah serta boleh membawa kecederaan yang serius sehingga dia tidak dapat berlumba lagi,” katanya.

Betis kiri Azizulhasni tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter ketika dia menyertai acara keirin Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester, Sabtu lalu.
Mengenai rancangan masa depan, Selamiah berkata, selepas majlis perkahwinan Azizulhasni di Perak pada 2 April nanti, dia bersama anak dan menantu akan ke Makkah untuk menunaikan umrah. 


B.Harian



Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...