Skip to main content

Kolam ‘berkocak’

RUPA-rupanya bukan atlet olahraga kebangsaan saja yang tidak mendapat elaun latihan sejak awal tahun ini, nasib sama turut dialami atlet renang negara.

Lebih mengecewakan apabila mereka dimaklumkan Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa elaun yang bakal diperoleh tahun ini akan dikurangkan.

“Kami dimaklumkan oleh MSN bahawa program untuk tahun ini hanya bermula bulan ini tapi apa yang menyedihkan kami sudah menjalani latihan sejak awal tahun lagi. Mana ada orang yang sanggup bekerja dua bulan tanpa gaji dan situasi ini mengecewakan.

“Elaun latihan kami juga dikatakan bakal dikurangkan. Jika sebelum ini pemenang pingat emas Sukan Sea mendapat RM1,500 sebulan sepanjang tahun lalu tapi ada pihak dari MSN yang menyatakan mulai tahun ini elaun terbabit bakal dipotong separuh iaitu RM750,” kata atlet renang kebangsaan yang enggan mendedahkan identitinya semalam.

Dia berkata, situasi yang berlaku itu amat mengecewakan dan tidak memberikan motivasi kepada atlet yang kini bergelut mempersiapkan diri bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London.

“Kenapa tidak rancang program dari awal lagi? Kenapa sekarang kami diberitahu mengenai pemotongan ini?” soalnya.

Menurutnya lagi, seperti atlet olahraga, dia juga terpaksa berusaha mencari pendapatan sampingan untuk menampung keperluan.

MSN sebelum ini dilapor mendapat peruntukan yang kurang berbanding tahun lalu bagi merencanakan perjalanan sukan negara sepanjang tahun ini terutamanya menjelang misi utama iaitu melayakkan atlet ke Sukan Olimpik 2012. Antara yang mendapat tempias awal pemotongan peruntukan itu adalah skuad pelapis bowling kebangsaan yang dibubar dengan sejumlah pemain diserapkan ke dalam skuad elit kebangsaan.


My Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...