WALAUPUN kemelut peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek (gambar) bukan agenda perbincangan pada mesyuarat majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jumaat ini, tetapi sebahagian besar ahli majlis badan induk itu mahu ia dinoktahkan segera.
“Sampai bila kita perlu membincangkan kemelut ini sedangkan di depan kita menanti cabaran lebih besar dan penting,” soalnya, semalam.
Dia yang juga Presiden Persatuan Badminton Terengganu berkata, walaupun kemelut itu tidak disenaraikan sebagai agenda yang akan dibincangkan tetapi dia yakin ia akan ditimbulkan ahli majlis menerusi perkara berbangkit.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata BAM perlu membuat keputusan muktamad. “BAM sudah menyerahkan ‘bulu tangkis’ kepadanya tetapi dia belum mengembalikannya semula,” katanya
Comments
Post a Comment