Skip to main content

Impian berkubur

BIARPUN pada awalnya skuad terjun negara mensasarkan pencapaian yang jauh lebih baik di saingan terakhir Siri Kejohanan Dunia Fina di Mexico, hari ini, namun hasrat itu berkubur begitu saja selepas Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) tiba-tiba mengambil keputusan mendadak untuk menumpukan kepada saingan dalam negara saja.
Tindakan Asum yang secara tiba-tiba menyisihkan Kejohanan Dunia yang berprestij itu menimbulkan tanda tanya memandangkan mereka bersungguh-sungguh mahu merapatkan jurang dengan China selaku negara yang gah mendominasi sukan itu selama ini.

Bukan saja di Mexico, Asum turut tidak menghantar wakil ke siri ketiga iaitu di England pada 15 dan 16 April lalu.
Senario ini dianggap merugikan terutama selepas kilauan pingat yang diidamkan daripada Siri Kejohanan Dunia Fina tampak hampir berada dalam genggaman apabila Pandelela Rinong meraih perak bersama rakan segandingan Leong Mun Yee untuk acara 10 meter platform seirama di siri kedua kejohanan itu, di Beijing, 25 hingga 26 Mac lalu. Kejayaan itu juga menandakan pingat kedua diraih Pandelela dalam siri kejohanan itu apabila atlet dari Sarawak itu turut meraih perak pertama acara 10 meter platform individu pada siri pertama, di Moscow, 18-19 Mac lalu.

“Kami tidak punyai masalah menghantar atlet, tiada seorangpun yang cedera dan bukan berdepan kemelut kewangan. Cuma memilih untuk menumpukan pada saingan dalam negara saja, terutama Terbuka Malaysia, bulan depan dan Sukan Malaysia (Sukma) Jun ini.

“Persatuan terlalu sibuk melengkapkan atlet untuk dua saingan itu yang dianggap lebih penting. Tidak dinafikan, amat mengecewakan untuk melepaskan peluang beraksi di sukan berprestij Fina tetapi kami terpaksa menarik diri demi kepentingan acara lain,” kata Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong.

Mengulas lanjut, Edwin berkata, walaupun tidak ke siri ketiga dan keempat Kejohanan Dunia Fina, atlet tidak perlu bimbang kerana pihaknya tetap akan menghantar ke saingan kemuncak iaitu Kejohanan Dunia Ke-14 di Shanghai, Julai ini.

“Saya mengutamakan Kejohanan Dunia di Shanghai kerana ia medan menentukan siapa yang bakal menggalas cabaran ke Sukan Olimpik 2012 London.

“Penerjun yang berjaya menduduki 12 tangga teratas dan layak ke final akan diberikan tiket automatik ke Olimpik. Atas dasar itu, atlet perlu bersiap sedia dari sekarang dan tindakan persatuan mengurangkan kejohanan lain membuka ruang untuk mereka melengkapkan diri,” katanya.

Sementara itu, walaupun Pandelela dan Mun Yee terpaksa berhenti berjuang di tengah jalan, rakan seangkatan Bryan Nickson Lomas dan Yeoh Ken Nee akan terus mengorak langkah ke siri Kejohanan Dunia, Kanada, 29 April ini.



Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...