KUALA LUMPUR - Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun sekali lagi dipilih memenangi Acara Keseluruhan Terbaik pada Anugerah The World Match Racing Tour (WMRT), semalam.
Kemenangan kategori berprestij tersebut sebelum ini diraih pada tahun 2007 dan 2009. Selain itu, Piala Monsun turut memenangi kategori Operasi Media Terbaik dan Jawatankuasa Perlumbaan Terbaik untuk penganjurannya pada tahun lepas.
Pengerusi Piala Monsun, Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, beliau cukup berbangga dengan usaha keras penganjur mencari langkah yang inovatif hingga sekali lagi dipilih pemenang Acara Keseluruhan Terbaik.
"Saya berterima kasih kepada WMRT dan pihak yang terlibat. Kami berjanji untuk terus memberikan yang terbaik bagi mengekalkan kedudukan ini.
''Kami juga berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan atas sokongan yang tidak ternilai," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perlumbaan Piala Monsun, David Tallis turut merakamkan rasa gembira apabila dipilih memenangi kategori Jawatankuasa Perlumbaan Terbaik.
UTUSAN MALAYSIA

Comments
Post a Comment