MAJLIS Sukan Negara (MSN) perlu melipat gandakan kualiti latihan skuad menembak andai mahu atlet negara mencapai kelas dunia.
Gesaan itu dibuat pengurus menembak Sukan Universiti Dunia (Universiade) negara, Nik Ismail Rashed yang berpendapat penembak negara sudah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan mereka tetapi masih gagal menyaingi atlet negara lain.
“MSN perlu memastikan atlet menembak memperoleh latihan yang lebih berkualiti sebagaimana atlet dunia lain peroleh.
“Pengalaman yang kita peroleh menunjukkan kita perlu berkerja keras kerana saingan di Universiade bertaraf dunia dan Olimpik. Penembak kita masih terlalu jauh dan hanya setaraf Asean,” kata Nik Ismail yang mendakwa taraf Sukan Asia juga tidak mampu menandingi pesaing di Universiade.
Nik Ismail juga mengaku Malaysia belum ada penembak bertaraf Olimpik, tidak seperti terjun yang memiliki Pandelela Rinong dan disifatkannya sebagai atlet Olimpik.
MyMetro

Comments
Post a Comment