Skip to main content

Beraksi buat pertama kali selepas pulih sepenuhnya


Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Naim Mohamad (kiri) bersama pengurus pemasaran Air Cab, Tia Wahid (tiga dari kiri) dan Mohd. Azizulhasni Awang yang memegang pas percuma untuk cabutan bertuah menaiki helikopter di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan John Beasley.


KUALA LUMPUR – Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang mengakui kecederaan ngeri yang dialaminya pada Siri Piala Dunia Klasik di London, Februari lalu mempunyai hikmah tersendiri terutama tentang teknik kayuhannya.

Menurut Azizulhasni, sejak menjalani latihan di atas trek di Melbourne selepas tiga bulan tidak berkayuh akibat kecederaan di betis kirinya, dia mula merasai terdapat perbezaan dari segi imbangan kayuhannya berbanding sebelum ini.

“Saya tidak berasa fobia untuk beraksi di atas trek cuma saya merasakan ada hikmah di sebalik kecederaan ini kerana saya dapat melakukan imbangan kayuhan dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui media pada sidang akhbar Tabung Amal Berbasikal Leukimia Yayasan Sime Darby.

Jelasnya, sebelum mengalami kecederaan akibat tertusuk kayu serpihan trek, kayuhannya tidak begitu seimbang (pergerakan badan ke kiri dan ke kanan) namun selepas melakukan latihan asas terdapat kelainan dari segi kayuhannya.

“Cuma dari segi prestasi tidak seperti dulu, saya perlu banyak berlatih lagi untuk mempertingkatkan lagi kayuhan saya. Itulah sebabnya saya tidak dibenarkan menyertai Sukan Universiti Dunia di Shenzen bulan lepas.

“Tumpuan saya hanya satu iaitu bersedia untuk turun beraksi dalam kejohanan pertama saya di Siri Piala Dunia Klasik 2011-12 di Astana, Kazakhstan pada November ini. Saya tidak kisah latihan asas yang dikendalikan oleh ketua jurulatih negara, John Beasley agak panjang kerana itulah yang diperlukan saya,” kata pelumba kelahiran Dungun itu.

Kata Azizulhasni, dia menggunakan sepenuhnya latihan asas di Melbourne untuk mendapat semula rentak kayuhan terbaik dan hasilnya akan dilihat nanti di Siri Piala Dunia Klasik pertama.

“Saya akui prestasi saya semakin meningkat dari hari ke hari, saya seperti bermula semula dari kosong selepas tidak berkayuh selama tiga bulan tetapi saya masih belum cergas 100 peratus ia mungkin mengambil sedikit masa.

“John (Beasley) telah meletakkan sasaran untuk saya memuncak di Kejohanan Trek Dunia di Melbourne April depan jadi sekarang saya perlu berlatih bersungguh-sungguh dengan beberapa variasi latihan termasuk di gim, kayuhan jauh dan di trek,” katanya.

Selain mengesahkan penyertaan di Astana, Azizulhasni juga sudah hampir pasti untuk beraksi di Siri Piala Dunia Klasik 2011-12 di Cali, Colombia (Disember), bagaimanapun dia belum pasti lagi menyertai perlumbaan Siri Piala Dunia Klasik 2011-12 di Beijing (Januari) dan London (Februari).

“Saya perlu melihat dahulu situasi dan keadaan saya bagi menyertai semua Siri Piala Dunia Klasik tetapi apa yang boleh saya katakan ialah saya tidak sabar untuk kembali beraksi selepas berehat panjang.
“Saya juga tidak meletakkan sebarang sasaran di Astana, ini adalah untuk mengukur tahap kemampuan saya,” kata Azizulhasni.


Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...