Skip to main content

Chen Long Jadi Ancaman Baru Buat Chong Wei Di Sukan Olimpik - BAM

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui bimbang dengan peningkatan pemain nombor dua China, Chen Long, yang kini dilihat menjadi 'ancaman' kepada peluang Malaysia untuk merangkul emas pertama Olimpik menerusi sukan itu.

Setiausaha BAM Ng Chin Chai berkata jika dahulu pencabar utama jaguh negara Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik London tahun depan hanyalah pemain China, Lin Dan, tetapi kini Chen Long turut menjadi penghalang.

Ng, bagaimanapun menafikan prestasi Chong Wei telah mengalami kemerosotan.

"Prestasi Chong Wei tak menurun, tetapi prestasi Chen Long yang nampaknya naik dengan mendadak," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Isnin.

Chong Wei kalah Chen Long, pemain nombor tiga dunia, 15-21, 18-21 pada perlawanan akhir Terbuka Denmark semalam , iaitu kekalahan kedua beliau tahun ini kepada pemain berusia 22 tahun itu.

Sebelum ini, Chen Long mengalahkan Chong Wei pada final Terbuka Jepun, bulan lepas.

Ng berkata BAM akan tetap mengkaji semula prestasi pemain nombor satu dunia itu dan jika perlu struktur dan program latihan beliau akan dirombak semula.

Chong Wei disenaraikan sebagai pilihan utama pada Terbuka Perancis dan akan membuka saingan menentang pemain Jerman Marc Zwievler pada Rabu ini.

Chen Long sekali lagi diramal menjadi saingan utama Chong Wei pada separuh akhir dan sekiranya Chong Wei berjaya melepasi halangan itu, beliau berkemungkinan berdepan dengan mush tradisinya, Lin Dan, pada final.

Sementara itu, Ng berkata BAM masih memberi peluang kepada beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong untuk meningkatkan prestasi mereka sebelum Julai tahun depan memandangkan beregu itu juga menjadi harapan negara dalam meraih pingat Olimpik.

Meskipun kecewa dengan kekalahan beregu nombor lima dunia itu seawal pusingan pertama pada Terbuka Denmark minggu lalu, beliau berkata Koo dan Tan perlu diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan corak latihan yang baru.

Koo dan Tan yang sebelum ini dibimbing jurulatih dari Indonesia Rexy Mainaky, baru tiga minggu ditukarkan di bawah Tan Kim Her dan Pang Cheh Chang dan akan mendapat jurulatih baru Yoo Yong-sung dari Korea Selatan bulan depan.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...