Skip to main content

LTdL2012 :Anuar mula laung amaran



BEBERAPA pelumba, termasuk peserta negara, Ahmad Fallanie Ali ditimpa kemalangan semasa beraksi di peringkat ketiga dari Melaka ke Parit Sulong, semalam. – Utusan/ MOHD. NAJIB MOHD. NOR



BATU PAHAT – Episod tahun lalu kembali berulang pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012, apabila pelumba handalan negara, Anuar Manan dari pasukan Champion System dan Andrea Guardini (Farnese Vini-Selle Italia) memulakan persaingan hebat sebaik tamat peringkat ketiga dari Melaka ke Parit Sulong semalam.

Biarpun Guardini berjaya menjuarai perlumbaan, namun Anuar tidak membiarkan pelumba muda Itali itu berada dalam kedudukan selesa apabila menjadi pelumba ketiga (empat jam 30 minit 11 saat) melepasi garisan penamat, di belakang Raymond Kreder dari Garmin Barracuda.

Malah, Anuar kini menjadi pencabar utama Guardini untuk menyarung jersi biru dalam acara pecut selepas mengumpul 26 mata, hanya empat mata ditinggalkan di belakang Guardini.
Tahun lalu, Anuar dan Guardini bersaing sengit di antara satu sama lain untuk merebut jersi biru yang menyaksikan pelumba Farnese itu muncul juara selepas mengutip 117 mata, manakala Anuar di tempat kedua dengan 101 mata.

Selepas menduduki tempat keempat dari Putrajaya ke Melaka kelmarin, Anuar akhirnya menaiki podium dalam perlumbaan sejauh 187.6 kilometer semalam hasil kerja keras dan bantuan mantap dari rakan-sepasukannya.

Bagi Anuar, dia cuba menyimpan tenaga untuk melakukan henjutan 500m menuju garisan penamat, namun kekuatan barisan pelumba Farnese Vini yang menguasai kelompok hadapan menyukarkannya bertindak.
“Saya sebenarnya mensasarkan untuk menamatkan saingan hari ini (semalam) di belakang Guardini selaku pemenang tempat kedua, namun pelumba Colnago CSF menghalang saya daripada berbuat demikian,” kata pelumba berusia 26 tahun itu.

Jelasnya, tenaganya semakin berkurangan ketika dalam usaha untuk mendapatkan tempat terbaik.
Bagaimanapun, dia tetap gembira dengan keputusan tersebut menyaksikannya sekarang mengumpul 26 mata kurang empat mata di belakang Guardini.

“Kerjasama antara rakan sepasukan juga semakin baik terutama sekali Jaan Kirsipuu yang banyak membantu saya,” kata bekas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) yang berazam untuk berusaha lebih keras pada peringkat keempat hari ini.

Sementara itu rakan senegara Anuar dalam pasukan TSG, Mohamad Adiq Hussainie Othman menduduki tempat ke-20, manakala Kirsipuu menduduki tempat ke-98. Pelumba lain Craig Lewis ke-36, Aaron Kemps ke-85 dan Chris Butler ke-96.



- UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...