KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Selepas tujuh tahun menaja ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David, CIMB kini melihat kemungkinan untuk menaja seorang lagi pemain skuasy lain dalam masa terdekat ini.
"Kami kini melihat kedudukan ranking dunia dan pemain muda yang berbakat. Ia boleh jadi pemain lelaki atau wanita," kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak pada sidang akhbar selepas menyaksikan pembaharuan penajaan antara Nicol dan CIMB di Auditorium, Bangunan CIMB di sini hari ini.
Nazir berkata pengumuman nama pemain yang bakal ditaja CIMB itu akan diumum apabila tiba masanya nanti.
Terdahulu dalam ucapannya, Nazir berkata penamaan semula Terbuka KL CIMB kepada Terbuka KL Nicol David CIMB adalah penghargaan mereka terhadap pencapaian cemerlang Nicol.
"Beliau (Nicol) merupakan duta yang hebat untuk kami. Saya kagum dengan pencapaian Nicol. Beliau adalah atlet Malaysia yang paling berjaya," katanya.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment