“TIADA kaitan rasa kecewanya ke atas skuad negara, cuma mungkin dia mendapat tawaran kerja lain atau mahu menyambung pelajaran.”
Demikian komen ringkas Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad mengenai tindakan Maninderjit Singh meletak jawatan Setiausaha MHC, Isnin lalu yang dimaklumkan terus kepada Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Nur Azmi yang baru pulang dari luar negara semalam berkata, beliau belum mendapat maklumat terperinci mengenai keputusan Maninderjit itu tapi menegaskan ia tidak mempunyai kaitan dengan rasa kecewanya kegagalan skuad hoki negara ke Sukan Olimpik London selepas kandas pada pusingan kelayakan di Dublin, Ireland baru-baru ini.
“Dia (Maninderjit) dilantik sebagai Setiausaha, bermaksud skop kerjanya adalah soal pengurusan. Bukannya dia berada dalam kumpulan perancang untuk program membabitkan skuad negara termasuk program Road To London.
“Bagi saya, keputusannya itu adalah normal dan saya yakin dia mempunyai alasan kukuh membuat keputusan itu,” katanya.
Ditanya adakah benar Naib Presiden, Manjit Majid Abdullah menggantikan tempat Maninderjit, Nur Azmi tidak dapat mengesahkan perkara itu.
Sementara itu, usaha mendapatkan komen Maninderjit terus menemui jalan buntu selepas panggilan, khidmat pesanan ringkas (SMS) serta emel tidak dijawab olehnya.
Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

Comments
Post a Comment