KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pemain nombor dua negara Ong Beng Hee menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka KL Nicol David CIMB 2012 di Berjaya Times Square, malam Khamis.
Sebelum itu, beliau terpaksa berdepan rakan senegara, Mohd Nafiizwan Adnan, dalam satu perlawanan sengit yang berlangsung selama 91 minit.
Beng Hee memenangi set pertama 12-10 sebelum kalah pada dua set berikutnya kepada Mohd Nafiizwan 11-13 dan 6-11 sebelum bangkit semula untuk menguasai set dua berikutnya, 11-7 dan 11-7.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment