KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka KL Nicol David CIMB 2012 selepas menewaskan Dipika Pallikal dari India pada perlawanan yang berlangsung di pusat beli belah Berjaya Times Square malam Khamis.
Pemain berusia 28 tahun itu mendapat laluan mudah apabila mengambil masa 25 minit untuk menumpaskan Dipika 11-5, 11-2 dan 11-6.
Nicol akan bertemu Raneem El Weleily dari Mesir esok pada perlawanan separuh akhir.
Kali terakhir mereka bertemu ialah pada separuh akhir Kejohanan Terbuka Torneo International Bicentenario Mexico pada 2010, yang dimenangi Nicol.

-- BERNAMA
Comments
Post a Comment