Skip to main content

‘Serah laporan kepada saya’



NAMPAK gayanya laporan penuh berhubung siasatan yang dijalankan ke atas bekas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim akan mengambil masa lebih lama untuk didedahkan.

Ini kerana, Presiden baharu KOM, Datuk Zainal Abidin Ahmad (gambar) tetap dengan pendiriannya yang sekadar mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat selagi laporan itu tidak berada dalam tangannya.

“Saya langsung tidak tahu apa-apa berhubung siasatan yang dijalankan ke atas Datuk Karim. Apa isi kandungan petisyen yang dihantar oleh jurulatih dan atlet mengenai beliau pun saya tidak tahu.
“Lagi pun, laporan itu hanya berada di tangan Datuk Seri Shahidan Kassim (bekas Presiden KOM). Jadi, macam mana saya hendak membuat keputusan jika laporan itu berada di tangan orang lain.
“Saya tidak boleh berbuat apa-apa selagi laporan itu saya tidak terima,” kata Zainal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya sama ada beliau akan meminta laporan itu sendiri daripada Shahidan, Zainal berkata: “Kenapa pula saya perlu minta daripada beliau?

“Ketika AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) hari itu (Ahad lalu), Datuk Seri Shahidan sendiri yang pulang begitu sahaja. Beliau pulang tanpa mengumumkan atau melakukan serahan tugas kepada kepimpinan baharu KOM.

“Jadi, siapa yang perlu bertanggungjawab? Sekarang ini, kita tunggu sahajalah laporan itu daripada Datuk Seri Shahidan.

“Apabila saya sudah menerimanya nanti, barulah saya boleh meneliti laporan itu,” ujar Zainal yang menewaskan Shahidan dalam perebutan jawatan Presiden pada pemilihan pucuk pimpinan KOM sempena AGM badan induk itu Ahad lalu.

Pada Jun dan Julai lalu, satu jawatankuasa siasatan yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C George telah menjalankan siasatan ke atas Karim.

Ia berikutan tindakan sekumpulan jurulatih dan atlet olahraga negara menyerahkan petisyen meminta KOM menyingkirkan Karim yang didakwa sebagai dalang utama terhadap segala masalah yang menimpa badan itu sebelum ini.

Laporan penuh berhubung siasatan tersebut telah diserahkan kepada Shahidan 20 September lalu dan salinannya turut dihantar kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar serta Karim sendiri.



 HELMI TALKAH. - KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...