Skip to main content

Chong Wei, Mew Choo cuba baju pengantin

Gambar pra perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. Pasangan tersebut akan melangsungkan perkahwinan pada 9 November ini. 
 
KUALA LUMPUR - Pasangan selebriti sukan, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo yang sedang menghitung hari bahagia bakal mencuba busana perkahwinan mereka pada Jumaat ini.
Pemain No. 1 dunia itu juga mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk menemui pihak media buat kali pertama sejak berita perkahwinannya diumumkan secara rasmi, minggu lalu.

Kesibukan Chong Wei, 30, yang sering berada di luar negara untuk menyertai pertandingan antarabangsa, menyebabkan dia dan Mew Choo belum berkesempatan membuat penampilan bersama.
Abang sulung Chong Wei, Lee Chong Hoon menjadi wakil pemain itu dalam kedua-dua sidang akhbar pra-perkahwinan yang diadakan pada 22 dan 26 Oktober lalu. Mew Choo pula 'tidak diizinkan' menyertai sidang berkenaan kerana mengikut tradisi masyarakat Cina, bakal pengantin tidak boleh menghadiri sesuatu majlis tanpa pasangan mereka.

Sembilan hari menjelang perkahwinan yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November ini, Chong Wei akan memberi sepenuh tumpuan kepada urusan persiapan.

Walaupun cuma mencuba busana pengantin, ia cukup mencabar buat Chong Wei, yang sebelum ini 'didera' tiga jam untuk sesi penggambaran pra-perkahwinan di Gold Coast, Sepang.
"Anda tidak tahu betapa susahnya hendak menguruskan perkahwinan Chong Wei. Dia sangat sibuk, jadi semua perkara perlu mengikut jadualnya.

"Hari perkahwinan semakin hampir, saya pasti mereka berdebar-debar menantikan hari tersebut. Saya cuma berharap semua akan berjalan lancar dan mereka akan bahagia selamanya,'' ujar Chong Hoon, orang yang paling dipercayai Chong Wei untuk menguruskan kehidupannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Chong Wei Binajaya, Sachi Choo berkata, juara Olimpik 2004 dan juara dunia 2005, Taufik Hidayat dari Indonesia antara pemain ternama dunia yang terawal mengesahkan kehadirannya pada hari bersejarah Chong Wei.

"Ramai lagi tetamu kenamaan, pemain-pemain badminton ternama dunia, rakan-rakan rapat dan keluarganya telah dijemput, namun saya setakat ini saya belum pasti siapa yang mengesahkan kedatangan. Taufik sudah pasti hadir, begitu juga sebahagian besar pemain badminton negara ini.
"Lin Dan dan pemain-pemain China mungkin tidak dapat datang kerana mereka ada pertandingan pada hari yang sama. Peter (Hoeg) Gade (Denmark) memberitahu dia akan mengesahkan kehadirannya dalam masa terdekat,'' ujar Sachi.

Yang di-pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir pada majlis 9 November ini.

Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...